Syed Saddiq Jawab Soalan Annuar Musa Berkenaan NFDP

Semalam berlangsung di Dewan Rakyat, Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sempat menjawab salah satu soalan berkenaan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Penjelasan tersebut adalah susulan soalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Kerteh, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa yang meminta Menteri Belia dan Sukan itu yang meminta penjelasan mengenai status NFDP yang telah memasuki tahun ke-5, terutama dari aspek penambahbaikan yang telah dilakukan.

Dana AMD & PLD

Menjawab soalan itu, Syed Saddiq menjelaskan pertamanya penambahbaikan yang telah dilakukan ialah di bahagian bajet tahunan. Tahun pertama penubuhan NFDP, program itu hanya menerima RM10 juta sahaja walaupun sebelum itu dijanjikan perbelanjaan mengurus berjumlah RM20 juta setiap tahun.

Tahun lalu, NFDP menerima RM3.5 juta, sebelum jumlah tersebut dinaikkan menjadi RM15 juta pada tahun ini. Syed Saddiq turut menjelaskan jumlah tersebut adalah jumlah yang dedikasikan khas untuk program tersebut oleh MSN.

Perkara kedua yang disentuh ialah mengenai penutupan 13 Pusat Latihan Daerah (PLD) di seluruh negara. Berkenaan PLD, Syed Saddiq menjelaskan beliau telah bertemu dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin untuk berbincang mengenai PLD tersebut.

Akhirnya pertemuan tersebut memutuskan agar fungsi dan keutamaan kewujudan PLD diubah iaitu untuk memberi penekanan kepada sukan futsal dan bola sepak wanita negara. Ini menafikan desas desus bahawa PLD ini akan ditutup, sebaliknya ia lebih kepada perubahan fungsi dan keutamaan kepada kemudahan tersebut.

Pensijilan antarabangsa

Syed Saddiq juga turut tampil menjelaskan mengenai kononnya NFDP atau MSN tidak berunding dengan Kementerian Pendidikan untuk pembangunan akar umbi.

Menjelaskan perkara tersebut, Syed Saddiq berkata:

“Dalam Jawatankuasa Teknikal NFDP, kita ada wakil dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini bukan sahaja berkenaan dengan Akademi Mokhtar Dahari di Gambang, malahan Akademi Badminton Negara yang terletak di Bukit Kiara pun, kalau boleh kita nak ada ‘pairing up’ kerana mereka dapat sijil pensijilan antarabangsa.

“Tetapi lebih mustahak hari ini [kalau] YB pergi ke Gambang, setiap pagi mereka [pelatih] kena bangun awal, kena jalan jauh untuk pergi ke sekolah di luar, dan selepas itu datang [berjalan] balik.

“Tetapi hari ini, dengan pensijilan antarabangsa cikgu-cikgu akan datang ke sekolah mengajar mereka di sana dan akhirnya akan dapat pensijilan antarabangsa supaya mereka [pelatih] boleh ditempatkan di kelab-kelab antarabangsa bila tiba masanya.

Syed Saddiq berpendapat ia adalah sistem yang lebih baik berbanding sistem yang diamalkan sebelum ini di AMD. Beliau juga menyatakan keterbukaan beliau untuk sebarang cadangan dan kritikan demi menambahbaik apa yang telah ada pada hari ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN