Tan Sri Abdul Rashid Berminat Untuk Menerajui Kelantan FA

Seorang tokoh politik, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dilaporkan sebagai calon terbaharu yang bakal dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menggantikan tempat Bibi Ramjani Illias Khan yang telah meletak jawatan.

Menurut sumber daripada Utusan Malaysia, beberapa penaja besar sedia menaja pasukan bola sepak Kelantan jika bekas Pengerusi Pilihan Raya (SPR) itu dipilih untuk menerajui badan induk bola sepak negeri tersebut.

“Jumlah tepat saya tidak dapat perincikan, namun apa yang diberitahu setakat ini RM5 juta menanti Tan Sri jika bersedia menerajui KAFA.

“Jumlah tajaan dijangka bertambah, kebanyakan bakal penaja sedang meneliti perkembangan ini,” kata sumber tersebut.

FOTO: Kelantan FA

Difahamkan, Abdul Rashid sudah pun membentuk pasukan kumpulan sokongan terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan bola sepak serta ditugaskan mendapatkan tajaan untuk KAFA.

“Saya turut difahamkan, sudah ada ahli gabungan KAFA yang berminat untuk menamakan Abdul Rashid sebagai pengganti Bibi Ramjani,” ujarnya.

Bibi Ramjani dipilih sebagai Presiden KAFA bagi penggal 2017-2021 pada September 2017 selepas memperoleh 32 undi setelah menewaskan Muhammad Nasir pada Kongres Tahunan KAFA ke-63.

Kedudukan beliau selaku presiden tergugat selepas tujuh ahli gabungan KAFA berhasrat mengemukakan usul undi tidak percaya bagi memaksanya berundur sekaligus memberikan peluang kepada Kongres Luar Biasa (EGM) bagi memilih presiden baharu.

Bibi juga sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan supaya ahli gabungan tersebut mengemukakan calon yang sesuai bagi menggantikan beliau dan tidak perlu menggulingkannya.

Selain Abdul Rashid, antara calon lain yang disebut-sebut untuk menjadi presiden KAFA ialah Pengerusi Parti Amanah (Amanah) negeri, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Ketua PKR Cabang Bachok, Datuk Mohd. Rowi Dollah yang juga Exco KAFA bagi penggal 2018-2021.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN