Adakah Tan Cheng Hoe Bakal Tinggalkan Skuad Kedah?

Satu perkara yang menjadi perhatian sejak Kongres FAM berakhir tempoh hari adalah spekulasi mengenai pengendali Kedah – Tan Cheng Hoe.

Apa yang beliau telah lakukan?

Beliau telah berjaya menjadikan Kedah pasukan yang “mesti ditewaskan” musim hasil taktikal permainan penguasaan bola yang cukup cemerlang sehingga mereka kini sedang menguasai Liga Super ketika ini.

Apa yang beliau lakukan telah menimbulkan spekulasi dengan posisi sebagai salah seorang daripada individu yang bakal berkhidmat untuk skuad kebangsaan.

Cheng Hoe sering dikaitkan sebagai individu yang bakal menyertai Mario Gomez sebagai pembantu beliau di skuad kebangsaan.

Namun begitu, Cheng Hoe pada mulanya menafikan spekulasi berikut dengan memberi gambaran yang beliau akan terus kekal di Kedah.

Namun kini, timbul satu lagi twist.

Alor Star ke Kelana Jaya?

Menurut pendedahan personaliti Astro Arena, Hafizal Hamad beliau seolah memberikan gambaran yang pengedali Kedah itu bakal ke Kelana Jaya untuk sertai skuad kebangsaan.

Menerusi laman Instagram beliau, Hafizal mendedahkan log masuk panggilan yang diterima beliau yang dipercayai dari Tan Cheng Hoe.

https://www.instagram.com/p/BSWaAvvBSHa/?taken-by=hafizalhamad

Di laman Twitter beliau pula, Hafizal memberikan isyarat mengenai pendedahan beliau sebelum ini adalah tepat – namun hanya diendahkan oleh orang sekeliling.

Selain itu, laman peminat di Facebook iaitu laman PENYOKONG SETIA HIJAU KUNING sudah mengucapkan selamat tinggal kepada jurulatih yang memberikan gelaran Piala Malaysia kepada mereka tahun lalu.

Adakah spekulasi ini bakal menjadi realiti? Kami berharap ia bukannya gurauan April Fool.

Andai benar, siapakah calon sesuai menggantikan Cheng Hoe di Kedah? Nyatakan pendapat anda di ruangan komen.

Baca juga: Aksi Cemerlang Pahang Berjaya Tumbangkan JDT 3-1 Di Darul Makmur

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN