Tan Cheng Hoe Tidak Akan Kendali Skuad B-22 Negara Sebelum Jun 2020

Tan Cheng Hoe

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe hanya akan mengendalikan pasukan senior kebangsaan dan tidak akan dibebankan dengan tugas bersama skuad Bawah-22 Tahun negara sehingga Jun 2020.

Ini bermakna jurulatih berusia 51 tahun ini hanya akan memberikan tumpuan kepada skuad utama untuk kempen pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang hanya akan tamat pada Jun 2020.

Kelayakan Piala Dunia

Melalui laporan oleh Bernama pada hari ini, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata fokus utama Cheng Hoe pada tahun hadapan adalah kekal iaitu  untuk memastikan skuad Harimau Malaya melepasi saingan kelayakan itu dan beraksi pada pusingan akhir Piala Asia 2023.

“Kita [FAM] tidak berbincang pun mengenai hal ini [menjadi ketua jurulatih skuad B-22] dengan beliau [Cheng Hoe] kerana nak dia fokus bagi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023,” kata Yusoff pada hari ini.

“Sebelum bulan Jun, kita tidak mahu fokus beliau lari daripada pasukan kebangsaan.

Kredit Foto: FAM

“Tiada keperluan yang mendesak untuk kita melantik pengganti Datuk Ong [Kim Swee] kerana skuad B-22 tidak mempunyai sebarang kejohanan besar tahun hadapan.”

Sebelum ini nama Tan Cheng Hoe disebut sebagai antara calon untuk menggantikan Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali skuad Bawah-22 negara.

Ini berikutan kontrak Kim Swee tidak akan disambung oleh FAM berikutan kegagalan pasukan negara di Sukan SEA 2019 di Manila.

“Jika ada perlawanan persahabatan, mungkin kita akan lantik ketua jurulatih skuad B-18, Brad [Maloney] untuk mengendalikan pasukan buat masa itu,” tambah Yusoff lagi.

OKS Brad Maloney
FOTO: mStar

Dalam laporan yang sama Maloney bagaimanapun berkata beliau tidak pernah memikirkan akan tampil sebagai pengganti Kim Swee kerana tiada perbincangan formal mengenai perkara tersebut telah dilakukan.

“Saya tidak pula memikirkan mengenainya kerana tidak ada sebarang perbincangan formal dengan saya berhubung ini,” katanya.

https://web.facebook.com/ESPNFC/photos/a.403514944820/10157403576789821/?type=3&theater

Ketua jurulatih skuad utama negara membimbing pasukan Bawah-22 bukan perkara asing di dalam dunia bola sepak.

Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-Seo misalnya adalah antara jurulatih yang berjaya membimbing pasukan senior dan pasukan bawah umur di kejohanan-kejohanan antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN