Tan Cheng Hoe Puji Komitmen, Mahu Harimau Malaya Terus Fokus Tiga Perlawanan Terakhir

Kejayaan Harimau Malaya membaham Garuda pada malam tadi sudah tentu membanggakan rakyat negara ini. Namun ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe percaya kemenangan itu sudah tidak akan dicapai tanpa komitmen pemain-pemainnya.

Jurulatih berusia 51 tahun itu tidak dapat menyembunyikan pujian terhadap semua pemainnya termasuk penjaga gol gantian, Mohd Farizal Marlias yang beraksi cemerlang menafikan sepakan penalti penyerang Indonesia, Osas ‘Saha’ Marvelous Ikpefua.

Sekalipun berjaya meraih kejayaan penting untuk melonjak Malaysia ke tangga kedua Kumpulan G dengan sembilan mata dalam lima perlawanan, Cheng Hoe tetap mengambil pendekatan merendah diri.

Dalam laporan Berita Harian, jurulatih kelahiran Kedah itu berpendapat anak buahnya harus terus menigkatkan kualiti permainan mereka untuk menghadapi baki tiga perlawanan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ini.

“Sebagai jurulatih, saya dapat melihat banyak perkara positif dalam pasukan kita, dan bagi pemain, kita perlu terus memperbaiki dan memberi tumpuan untuk tiga perlawanan seterusnya.

Jika anda melihat peluang (dalam perlawanan), kita harus berusaha keras dan bercita-cita untuk menjadi yang kedua terbaik dalam Kumpulan G,” katanya pada persidangan akhbar pasca perlawanan.

Penyerang negara, Muhammad Safawi Rasid yang baru sahaja dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2019 tempoh hari telah membuktikan beliau layak menerima anugerah itu dengan menjaringkan kedua-dua gol Malaysia.

Berikutan penggantungan Brendan Gan untuk perlawanan seterusnya berdepan UAE di Dubai pada Mac tahun depan, Cheng Hoe menjelaskan beliau akan mencari formula terbaik untuk memilih pemain yang paling tepat untuk menampung ketiadaan jeneral tengah itu.

Dalam perkembangan lain, pengendali sementara Indonesia, Yeyen Tumena yang terlebih yakin sebelum perlawanan mengakui pasukan Malaysia berhak untuk menang dalam perlawanan berkenaan.

Lima kekalahan berturut-turut menjadikan peluang Indonesia untuk sekurang-kurangnya layak ke kejohanan Piala Asia 2023 di China sudah hampir tertutup sepenuhnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN