5 Perkara Kami Gariskan Daripada Perlantikan Mourinho Di Spurs

Mourinho

Jose  Mourinho sah menjadi pengurus Tottenham yang baharu. Dan ini 5 perkara yang kami gariskan sebagai cabaran baharu Mourinho di Spurs.

1. Ego

Mourinho dikenali dengan egonya dan tidak mahu tunduk kepada pengurusan tertinggi mahupun pemain.

Pochettino pula sudah beberapa kali tidak sehaluan dengan Daniel Levy termasuk isu perpindahan, kontrak pemain serta dokumentari pasukan yang dianggapnya mengganggu.

Spurs dikatakan memecat Pochettino kerana jurulatih itu hilang mandat di bilik persalinan daripada beberapa pemain.

Kesemua perkara dia atas antara sebab Jose Mourinho sebelum ini dipecat. 2 tugasan terakhir Mourinho berakhir kerana gagal mengawal suasana di bilik persalinan pasukan.

2. Taktikal

Mourinho dikenali dengan pengurus yang lebih pragmatik dalam pendekatan taktikal. Ia berbeza dengan falsafah Spurs yang sudah stabil dengan corak permainan ofensif sejak era Pochettino.

MANCHESTER, ENGLAND – NOVEMBER 11: Man Utd manager Jose Mourinho (L) and Man City manager Pep Guardiola gesture during the Premier League match between Manchester City and Manchester United at the Etihad Stadium on November 11, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Simon Stacpoole/Offside/Getty Images)

Adakah Mourinho akan mampu untuk menyerap falsafah beliau di dalam pasukan Spurs selepas ini?

Perkara yang menarik untuk kita lihat dan perhatikan.

3. Dana perpindahan

Dalam kariernya, Jose Mourinho antara pengurus yang perlukan nama besar / marquee singning untuk membentuk pasukan.

Ini adalah cabaran yang bakal beliau hadapi di Spurs jika Daniel Levy mengekalkan polisi perpindahan Spurs yang banyak berpandukan polisi jual sebelum beli.

4. Kontrak pemain

Spurs berhadapan dengan situasi beberapa pemain penting yang masih belum melanjutkan kontrak. Ini termasuk Christian Eriksen dan Toby Alderweireld.

Tottenham Hotspur’s Toby Alderweireld, Christian Eriksen and Eric Dier react after the final whistle during the Premier League match at London Stadium. PRESS ASSOCIATION Photo. Picture date: Saturday October 20, 2018. See PA story SOCCER West Ham. Photo credit should read: Victoria Jones/PA Wire. RESTRICTIONS: EDITORIAL USE ONLY No use with unauthorised audio, video, data, fixture lists, club/league logos or “live” services. Online in-match use limited to 120 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications

Beberapa bulan lalu, ejen kepada Son Heung Min pula menyatakan pemain kebangsaan Korea Selatan itu mahu meninggalkan pasukan.

Jadi, Mourinho akan cuba untuk menyelesaikan isu kontrak pemain ini dengan segera.

5. Piala

Salah satu sebab utama Jose Mourinho dibawa ke Spurs adalah kerana beliau memiliki rekod yang baik dari segi memberikan trofi.

Sepanjang kariernya Jose Mourinho berjaya memenangi 25 trofi keseluruhannya.

Ia rekod yang sangat baik dan siapa yang tak kenal dengan Mourinho.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN