Tan Cheng Hoe Pertahan Pemilihan Hazwan Bakri Sertai Latihan Pusat Skuad Kebangsaan

Hazwan

Keputusan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe yang menyenaraikan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Hazwan Bakri nyata menjadi pertikaian hebat dalam kalangan peminat bola sepak tanah air ketika ini.

Perkara itu ada asasnya kerana Hazwan jelas kekurangan minit permainan walaupun JDT begitu gah dalam saingan Liga Malaysia serta menjadi kebanggaan negara di peringkat Liga Juara-Juara Asia.

Namun bagi Tan Cheng Hoe, menurut sumber Berita Harian, beliau mempunyai alasan tersendiri dalam membariskan Hazwan untuk sama-sama menyertai 26 pemain lain.

”Kalau ada (penyerang) yang lebih bagus takkan saya tak nak panggil. Kami bagi peluang kepada Hazwan kerana dia juga adalah aset atau penyerang untuk pasukan negara, cuma pada saat ini dia kurang dapat peluang beraksi (di JDT).”

“Bukan kata dia tak bagus, semua tahu penyerang yang ada di JDT sangat berkualiti. Jadi, ia perkara biasa di mana-mana kelab pun akan menggunakan penyerang utama mereka.”

“Pihak pengurusan dan barisan kejurulatih selalu berbincang serta menilai sepenuhnya mengenai pemain yang akan dipanggil, saya bukan buat keputusan seorang diri. Kami juga tidak boleh ikut kehendak hati atau puaskan semua orang,” jelas Tan Cheng Hoe bercakap kepada BH Sukan.

Latihan pusat skuad kebangsaan bakal bermula 25 Ogos ini bagi mempersiapkan pasukan menghadapi Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 menentang Jordan pada 30 Ogos ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Selepas itu misi sebenar skuad negara dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 bermula apabila akan menghadapi  cabaran Indonesia di Gelora Bung Karno pada 5 September serta Emiriah Arab Bersatu (UAE) di laman sendiri, lima hari kemudian.

Kredit foto: JOHOR Southern Tigers

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN