KL City League: Pemain Pirates FC Kuasai Senarai Kesebelasan Terbaik Liga

Seramai 3 pemain dari pasukan juara, Pirates FC berjaya memasuki kelompok kesebelasan terbaik bagi saingan KL City League musim pertama.

Tidak menghairankan apabila Pirates FC yang merupakan pasukan johan, menguasai kesebelasan terbaik itu yang turut disertai pemain dari BOSS FC, Thai Selangor dan juga beberapa pasukan lain.

Berikut merupakan kesebelasan terbaik atau team of the season hasil pilihan para pengulas KL City League!

Pengulas: Nazreen Izahar (@NazreenIzahar), Aiman Roshizam (@aiman_sekaiichi) & Dito (@MisdiantoTito)

Gandingan serasi di pertahanan

3 pemain Pirates FC yang berjaya memasuki kesebelasan terbaik KL City League musim satu semuanya adalah dari posisi penting di bahagian pertahanan.

Penjaga gol, Ariff Baharoom yang cukup konsisten mengawal gawang Pirates FC jelas berhak untuk mengisi posisi tersebut.

Gandingan pertahanan Muhammad Rasydan  dan juga Zaaba Yassin juga merupakan antara kunci kejayaan Pirates FC dalam saingan liga.

Di pertahanan kiri pula, efektifnya Fadzlan Noor dari BOSS FC cukup menarik perhatian.

Beliau merupakan pemain pertahanan kiri yang cukup rajin membantu BOSS FC menyerang dengan sering naik ke atas.

Arif Irfan (Damansara Bulls) turut menjadi mimpi ngeri kepada setiap pemain sayap kiri yang berhadapan dengannya.

Damansara Bulls mungkin tidak mempunyai musim yang baik, namun Arif sentiasa konsisten dalam memastikan posisi pertahanan kanan pasukannya tidak mudah ditembusi pemain lawan.

Bahagian tengah berjiwa menyerang

Pemilihan pemain bahagian tengah untuk kesebelasan terbaik ini jelas menyaksikan 3 pemain yang dipilih adalah yang mempunyai minda menyerang.

Kayembe Arcel (Thai Selangor) dan Darshen Pillay (KL Galaxy) merupakan antara pemain tengah yang sering menggerakan pasukan mereka untuk menyerang.

Selain daripada Arcel dan Pillay, Azrul Rahman (BOSS FC) turut merupakan pemain yang berjaya mencuri tumpuan dengan kawalan baik beliau ketika beraksi di posisi tengah.

Gol, gol dan gol!

Di bahagian serangan, beberapa nama yang cukup sinonim dengan jaringan gol membarisi posisi tersebut.

Wong Kah Heng (Expected Toulouse) merupakan pemain yang cukup tajam di depan gol musim ini dengan 12 gol.

Ketangkasan serta ketajaman beliau di depan gol jelas merupakan mimpi ngeri pertahanan lawan sepanjang liga berlangsung.

Selain Kah Heng, Osoru Mannix turut merupakan penyerang yang cukup tajam di depan gol.

Ayam tambatan KL Galaxy ini berjaya mengucar kacirkan pertahanan lawan yang dihadapi beliau saban minggu secara konsisten tanpa gagal.

Seorang lagi pemain yang mencuri tumpuan ialah Erwan Shah dari Rebel FC.

Beliau merupakan antara pemain Rebel yang paling menyinar musim ini dengan kerap kali membantu pasukannya mendapatkan gol.

Berikut merupakan senarai penuh TOTS KL City League musim 1:

Kesebelasan utama:

  • Ariff Baharoom (Pirates FC) (penjaga gol)
  • Arif Irfan (Damansara Bulls)
  • Muhammad Rasydan (Pirates FC)
  • Zaaba Yassin (Pirates FC)
  • Fadzlan Noor (BOSS FC)
  • Kayambe Arcel (Thai Selangor)
  • Azrul Rahman (BOSS FC)
  • Darshen Pillay (KL Galaxy)
  • Wong Kah Heng (Expected Toulouse)
  • Osoru Mannix (KL Galaxy)
  • Erwan Shah (Rebel FC)

Simpanan:

  • Nurazmi Amri (Thai Selangor) (penjaga gol)
  • Vissert Sorrachak (Thai Selangor)
  • Faiez Tajudin (Damansara Bulls)
  • Abel Tam (Expected Toulouse)
  • Gan Jay Han (Expected Toulouse)
  • Aliff Izwan (BOSS FC)
  • Ridhwan Johan (BOSS FC)

KL City League kembali lagi!

Saingan bagi musim kedua KL City League bakal kembali dengan dijangka 12 pasukan bakal berentap merebut kejuaraan untuk musim kedua!

Masih terdapat kekosongan untuk menyertai jadi jika anda berminat boleh hubungi talian tertera:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN