Tan Cheng Hoe Pening Kepala Pilih 23 Pemain Terbaik Ke Piala AFF

Tan Cheng Hoe

Tinggal seminggu lagi sebelum Kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki 2018 membuka tirainya, ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui sukar untuk memilih barisan pemain yang akan membawa cabaran negara di kejohanan tersebut.

Beliau berkata demikian kepada bernama, berpendapat beberapa pemain yang menyertai kem latihan pusat kali ini menunjukkan komitmen tinggi untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Mereka juga mempamerkan prestasi terbaik dari segi fizikal dan taktikal selepas seminggu menjalani latihan di padang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.

“Itu satu petanda positif tetapi itu yang menyebabkan agak sukar saya untuk memilih kesebelasan terbaik.

“Saya rasa apa yang membimbangkan adalah untuk mendapatkan keserasian dan kombinasi yang terbaik kerana ada sesetengah pemain yang tidak selalu bersama pasukan kebangsaan, “ jelas Cheng Hoe.

Sesi latihan skuad Harimau Malaya di padang USIM semalam. FOTO: FAM

Senarai akhir 23 pemain ke Piala AFF Suzuki akan diumumkan selepas akhir persahabatan terakhir menentang Maldives di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November ini.

Beberapa pemain Perak yang beraksi dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam semalam dijangka akan kembali menyertai kem latihan pusat hari ini.

Mengulas lanjut mengenai sasaran pasukan dalam kejohanan Piala AFF, Cheng Hoe menyasarkan kutipan tiga mata pada dua aksi awal kumpulan A Piala AFF Suzuki menentang Kemboja dan Laos.

Tan Cheng Hoe memberi taklimat kepada pemainnya semalam. FOTO: FAM

Malaysia akan memulakan kempen Piala AFF Suzuki menentang Kemboja di Stadium Olimpik Phnom Penh, Kemboja pada 8 November, sebelum melayan kunjungan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, selang empat hari kemudian.

Skuad negara akan menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada 16 November sebelum menamatkan aksi pusingan awal menentang Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Nov.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyasarkan skuad negara layak ke final Piala AFF Suzuki.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN