Tan Cheng Hoe Kekal Sebagai Pengendali Harimau Malaya Sehingga Tahun 2020

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan kontrak Tan Cheng Hoe selaku ketua jurulatih skuad Harimau Malaya terus disambung selama dua tahun dan beliau diberikan petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang baru iaitu mara ke perlawanan akhir Piala AFF 2020 dan layak ke Piala Asia 2023.

Timbalan Presiden FAM dan juga pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Yusoff Mahadi mengesahkan Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan (JPPK) sebulat suara mengekalkan Cheng Hoe selepas beliau berjaya membawa Malaysia mara ke final Piala AFF bulan lepas.

“Beliau akan kekal sebagai jurulatih skuad kebangsaan sehingga 31 disember 2020. Sudah tentu, beliau akan diberi KPI baharu untuk dicapai. Cheng Hoe memberitahu kami, beliau terima cabaran itu,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Cheng Hoe mula mengambil alih sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya pada penghujung tahun lalu dan dalam masa setahun, nampaknya Malaysia tampil dengan perubahan drastik.

Ketika aksi Piala AFF bulan lepas, tiada lagi clueless longball dan kerap hilang penguasaan bola, anak didik Cheng Hoe tampil dengan penguasaan setiap perlawanan kecuali ketika saingan separuh akhir kedua di Bangkok.

Ramai peminat bola sepak tempatan yang sepakat menjangkakan perjalanan skuad ini akan berakhir di peringkat separuh akhir. Malah, ada juga sebilangan kecil yang sinis skuad ini bakal tersingkir di peringkat kumpulan.

Walaupun gagal mengakhiri perjalanan kempen Piala AFF yang menakjubkan dengan kejuaraan, kejayaan melangkah ke pentas akhir dengan gaya permainan yang sangat baik juga adalah satu petanda positif dan menunjukkan peningkatan yang boleh dibanggakan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN