Mathias Pogba Dedahkan Mourinho Tidak Hormati Paul Pogba

Mathias Pogba mendedahkan sikap dan layanan Jose Mourinho ke atas Paul Pogba telah memakan pengurus itu sendiri. Ini kerana ianya membuatkan Mourinho gagal mendapatkan yang terbaik daripada Pogba.

Paul Pogba kembali dengan aksi cemerlang selepas pemergian Jose Mourinho. Semua orang tahu Paul Pogba dan Mourinho kerap tidak sehaluan, sama ada di dalam padang dan di luar padang.

Kemelut hubungan mereka menuju ke kemuncak apabila Jose Mourinho melabel Pogba sebagai virus serta raksasa di dalam pasukan.

Jose Mourinho dipecat selepas kekalahan 3-1 di Anfield. Ini selepas beliau dikatakan hilang kawalan dan tidak mendapat kepercayaan lagi di bilik persalinan pemain.

Abang kepada Paul Pogba, iaitu Mathias Pogba memberitahu media bahawa, masa terbesar di dalam kemalapan prestasi Pogba adalah Jose Mourinho.

Dipetik daripada sumber RMC, Mathias berkata: “Masalah utama dalam isu ini adalah Mourinho. Beliau adalah masalah di dalam bilik persalinan, di luar bilik persalinan… dan segalanya.”

“Daripada apa yang kita perhatikan pada Jose Mourinho, beliau mahu menjadi maestro, menjadi perhatian. Paul tidak kisah tentang aspek itu. Jika kamu hormati beliau [Paul Pogba], beliau akan percayakan kamu.”

“Dan jika kamu percayakan Paul, beliau akan menjadikan kamu ‘besar’ dalam perlawanan.”

Paul Pogba kini diberikan lebih kebebasan di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer. Beliau ditolak jauh lebih tinggi untuk membolehkan beliau berlegar-legar berdekatan dengan kotak penalti.

Jose Mourinho kini masih berada di Portugal. Beliau dilaporkan baru sahaja menolak tawaran untuk menjadi pengurus Benfica. Mourinho mahu mengambil masa untuk berehat. Kalau tidak, anda pastinya menunggu sidang media sebelum perlawanan Mourinho seperti biasa – untuk menjawab kenyataan Mathias Pogba ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN