Tan Cheng Hoe Hanya Gilirkan Dan Bukannya Gugurkan Pemain

Tan Cheng Hoe dalam kenyataan rasmi beliau di laman FAM semalam menyatakan yang beliau memanggil 9 pemain baru serta mengeluarkan nama 14 pemain adalah atas dasar penggiliran.

Tan Cheng Hoe menafikan beliau menggugurkan 14 pemain tersebut daripada skuad beliau.

“Saya ingin menjelaskan di sini bawah kehadiran sembilan pemain baharu dalam sesi latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang tadi adalah merupakan proses penggiliran pemain.”

“Ini bagi memberi peluang kepada mereka diturunkan untuk perlawanan berikutnya bertemu Lebanon pada 27 Mac dan Nepal pada 1 April.”

Tan Cheng Hoe memanggil 9 nama untuk dicuba pada kali ini. Antaranya, kepulangan semula Zaquan Adha serta kehadiran Shahrel Fikri dari PKNP FC.

“Mereka terdiri daripada Zaquan Adha Abd Radzak (Kuala Lumpur), Shahrel Fikri Fauzi (PKNP), Jafri Firdaus Chew, Shahril Saari (PKNS), Nor Hakim Hassan, Nazirul Naim Che Hashim, Syazwan Zaipol Bahari (Perak), Syawal Nordin (Kedah) dan Kogileswaran Raj (Pahang).”

Beliau kecewa dengan dakwaan peminat di media sosial yang menuduh ada pemain yang digugurkan daripada skuad kebangsaan dalam tugasan kali ini.

“Kehadiran sembilan pemain ini bukannya untuk menggantikan mana-mana pemain atau bermaksud ada pemain yang telah digugurkan seperti dakwaan di media sosial, tetapi ia lebih kepada amalan penggiliran pemain.”

Beliau juga memberitahu, penggiliran kali ini adalah mengambil kira desakan segelintir penyokong yang mahu beberapa nama pemain lain beraksi untuk Harimau Malaya pada kali ini.

“Ini juga disebabkan desakan segelintir penyokong yang mahu kita mencuba pemain lain untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya.”

Kami berharap sesiapa sahaja yang menggalas tugasan dalam jersi Harimau Malaya akan memberikan aksi terbaik di sebalik iklim bola sepak kita yang agak panas sekarang ini.

Semoga Tan Cheng Hoe dan anak-anak buah beliau dapat menunjukkan aksi memberangsangkan selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN