Tan Cheng Hoe Dilantik Sebagai Pengarah Bola Sepak Perlis FA?

Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dikhabarkan sedang mencari calon berkelayakan untuk dilantik sebagai pengarah bola sepak pasukan singa utara itu.

Menerusi pengumuman di laman Facebook rasminya hari ini,  pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe turut berada dalam radar PFA untuk dilantik sebagai pengarah bola sepak Perlis jika kontrak beliau tidak disambung oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Pengurusan PFA sedang mencari pengarah bola sepak yang baharu bagi membantu pasukan menghadapi Liga Perdana 2019.

“Beberapa nama telah disenarai pendek dan Tan Cheng Hoe juga berada dalam pemerhatian PFA kerana beliau kini adalah ejen bebas ekoran kontraknya yang masih belum disambung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” kata kenyataan itu.

Status Cheng Hoe sebagai pengendali skuad kebangsaan menjadi tanda tanya selepas kontrak beliau telah tamat pada 31 Disember 2018.

Meskipun Malaysia hanya bergelar naib juara Piala Suzuki AFF bulan lepas apabila tewas kepada Vietnam menerusi aggregat 2-3, namun Cheng Hoe berjaya melepasi petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan oleh FAM iaitu mara ke final.

Baru-baru ini, Setiausaha agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mengesahkan badan induk itu akan bermesyuarat bersama Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan (JPPK) pada hari Selasa ini untuk menentukan nasib Tan Cheng Hoe dan jurulatih lain.

FAM dijangka akan melanjutkan kontrak Cheng Hoe dengan beberapa syarat baharu diberikan termasuk berbincang mengenai perancangan Harimau Malaya yang akan mengharungi kelayakan Piala Dunia 2022 dan kelayakan Piala Asia 2023 pada pertengahan tahun ini.

Cheng Hoe dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada bulan Disember 2017 selepas Nelo Vingada meletak jawatan dan beliau dilihat berjaya membawa sedikit perubahan dalam prestasi semasa Harimau Malaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN