Tan Cheng Hoe Bukti Jurulatih Tempatan Sebenarnya Mampu Tarik Minat Kelab Luar Negara

Tan Cheng Hoe secara rasminya kini mencipta kejutan untuk meninggalkan Selangor dengan lebih awal selepas hampir dua tahun bertugas selaku pengendali utama pasukan tersebut.

Ianya dilaporkan sendiri melalui laman rasmi pasukan berkenaan dengan menyatakan Cheng Hoe mencapai persetujuan bersama untuk penamatan kontrak lebih awal.

“Selangor FC dan Tan Cheng Hoe telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa secara serta-merta.

“Kelab telah dimaklumkan berkenaan keputusan Tan Cheng Hoe untuk meninggalkan Selangor FC bagi menggalas tugas sebagai ketua jurulatih di sebuah kelab di Thailand. Selangor FC juga telah menerima bayaran pampasan berdasarkan kontrak beliau.

“Sejak dilantik pada September 2022, Tan Cheng Hoe telah membantu Selangor FC menjadi Nab Juara Piala Malaysia 2022 dan Liga Super Malaysia 2023, sekaligus memastikan Selangor FC layak secara automatik ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) untuk musim 2024/2025.

“Selangor FC ingin berterima kasih kepada Tan Cheng Hoe atas usaha dan sumbangan beliau untuk kelab ini dan mengucapkan selamat maju jaya pada masa hadapan.

“Nidzam Jamil kini dilantik sebagai ketua jurulatih sementara (interim) dan pada masa yang sama, pihak pengurusan kellab akan menjalankan proses pemilihan terperinci bagi melantik ketua jurulatih yang baharu,” jelas laporan berkenaan.

Menerusi laporan semasa, Cheng Hoe berkemungkinan besar akan mengemudi salah satu pasukan dalam saingan utama di Thailand atau lebih dikenali sebagai Thai League 1.

Antara pasukan yang dicanang hebat bakal dikendalikan oleh Cheng Hoe kini terarah kepada Police Tero FC yang berada di tangga ke-10 dalam saingan tersebut.

Lebih menarik, laporan menyatakan pasukan tersebut ketiadaan pengurus kelab dan berkemungkinan bakal diuruskan oleh Cheng Hoe pada masa hadapan.

Secara keseluruhan, ini merupakan permulaan cukup positif dalam dunia bola sepak negara, apabila ada jurulatih tempatan berjaya menarik minat salah satu pasukan elit di Thailand yang kita ketahui lebih maju daripada segi kualiti saingan liga berbanding Malaysia.

Pengalaman Cheng Hoe yang pernah mencipta rekod hebat bersama Kedah Darul Aman (Kedah), Harimau Malaya, serta Selangor menjadikan beliau sebagai antara jurulatih tempatan era moden cukup disegani.

Rekod cemerlang dibawa Cheng Hoe dalam dunia kejurulatihan itu kini menyaksikan beliau berjaya menarik minat pasukan-pasukan luar negara yang berminat untuk mendapatkan kepakarannya.

Semoga apa dilalui Cheng Hoe selepas ini membuka lebih banyak ruang buat jurulatih muda lain untuk tampil berkembang di luar negara serta membuktikan Malaysia berjaya melahirkan ramai pengendali berkualiti tinggi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN