Tan Cheng Hoe Berminat Panggil Corbin Ong Ke Skuad Harimau Malaya

Aksi cemerlang pemain kacukan Malaysia-Kanada, Corbin Ong ketika perlawanan Piala Sumbangsih di antara JDT menentang Kedah ternyata telah mencuri perhatian ramai. Pemain ini merupakan seorang pemain yang bertenaga dan juga kreatif.

Beliau menjadi penggerak utama serangan JDT dari sayap kri daripada belakang. Corbin turut melakukan 1 bantuan gol ketika perlawanan itu.

Dengan aksi yang meyakinkan oleh pemain JDT ini, pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui terpikat dengan aksi pemain yang berusia 26 tahun tersebut dan membayangkan untuk memanggilnya ke skuad kebangsaan.

“Jika dinilai daripada aksi bertemu Kedah malam tadi, memang kita dapat lihat Corbin antara pemain yang cukup menyerlah dan memberi sumbangan ketika bertahan dan menyerang.

“Sebelum ini, saya sudah menyelidik maklumat dan statistik Corbin bersama pasukan terdahulu dan saya akui dia sememangnya pemain yang berpotensi besar.

“Jadi, sudah pasti dia memiliki tempat dalam perancangan saya bersama skuad kebangsaan selepas ini tetapi kita akan terus memantau mana-mana pemain yang turut berpotensi untuk dipanggil menyertai skuad kebangsaan,” katanya kepada Berita Harian

Selain daripada aksi dinamik dengan larian bertenaga, Corbin Ong juga memilik lontaran ke dalam yang sangat kuat bak misil.

Pemain berusia 26 tahun itu memulakan karier bola sepak bersama kelab Argyle Pipers di Kanada pada 2005 selama empat tahun sebelum menyertai Capilano Blues ketika menuntut di Universiti Capilano di Vancoucer, Kanada.

Dia kemudian menyertai kelab profesional, Vancouver Whitecaps pada 2011 namun setahun kemudian dia memberanikan diri untuk berpindah ke Jerman untuk mencuba nasib dengan kelab FC Pommern Greifswald yang beraksi di liga bawahan Jerman pada 2012 hingga 2014.

Corbin juga pernah menyertai Berliner AK 07 yang beraksi dalam liga divisyen empat pada penghujung 2014 dan kelibatnya berjaya memikat FC Union Berlin yang beraksi dalam divisyen 2 Bundesliga tetapi memilih kelab dari Liga divisyen 3, FSV Frankfurt pada musim 2016 selama setahun.

Karier Corbin-Ong terus berkembang apabila beraksi untuk Go Ahead Eagles di Belanda malah turut dipanggil menyertai skuad kebangsaan Kanada pada aksi persahabatan menentang Scotland, Mac lalu.

Difahamkan beliau juga masih layak untuk dipanggil mewakili skuad Harimau Malaya walaupun mempunyai 1 kap dengan skuad kebangsaan Kanada.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN