Pemain Dan Jurulatih JDT Hadiahkan TMJ Kereta Aston Martin

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah menerima hadiah istimewa daripada pemain dan barisan kejurulatihan iaitu sebuah kereta mewah dari British, Aston Martin.

Pemberian hadiah itu adalah sempena meraikan kejayaan JDT menjuarai piala yang ke-10 iaitu Piala Sumbangsih 2018, selepas menewaskan Kedah di Stadium Larkin, kelmarin.

Menurut laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers (JST), kereta tersebut berkonsep Johor iaitu dengan warna merah dan biru.

“Sempena meraikan kemenangan menjuarai piala yang kesepuluh, pemain-pemain dan barisan kejurulatihan pasukan Johor Darul Ta’zim telah menghadiahkan DYAM Tunku Mahkota Johor sebuah kereta Aston Martin yang berkonsep Johor (merah biru).

“Allah Peliharakan Sultan,” seperti dipetik dari laman Facebook JST.

Kelmarin, JDT melakar kemenangan 2-1 ke atas Kedah sekali gus muncul sebagai Piala Sumbangsih 2018 hasil jaringan daripada 2 tonggak import mereka iaitu Luciano Figueroa dan Marcos Antonio.

Turun dengan kesebelasan terbaik, skuad kendalian Ulisses Morais nyata menguasai perlawanan dan mengetepikan corak permainan ‘falsafah Kedah’ yang diagungkan oleh pengendali Ramon Marcote.

Namun Kedah terlebih dahulu mendahului JDT pada minit ke-14 hasil jaringan Paralles, selepas aksi kurang kemas Izham Tarmizi ketika menyapu (sweeping) bola.

Kredit kepada Sandro yang bijak menghantar bola kepada rakannya itu. Ini adalah jaringan pertama Paralles dalam debut beliau.

JDT kemudian menyamakan kedudukan menerusi tandukan Luciano Figueroa pada minit ke-28 menewaskan Ifwat Akmal. Jaringan pertama dalam kepulangan semula legenda JDT yang berusia 37 tahun ini.

Tuan rumah kembali berada di depan pada minit ke-58 selepas bola sepakan lintang Corbin Ong tatkala menerima umpanan Safiq menyaksikan Marcos Antonio melonjak tinggi untuk menanduk bola yang terkena tiang kiri sebelum masuk menewaskan Ifwat.

Piala Sumbangsih menandakan bermulanya musim Liga Malaysia 2018 secara rasmi. Kemenangan ke atas Kedah turut memberikan 3 mata pertama untuk JDT dalam saingan unifi Liga Super Malaysia musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN