Tan Cheng Hoe bukan lagi nama yang asing dalam dunia bola sepak tempatan apabila jurulatih itu sebelum ini pernah menggegarkan Liga Malaysia (Liga-M) sewaktu bersama Kedah Darul Aman (KDA).
Berbekalkan ramai pemain muda yang kurang berpengalaman pada musim 2015, pengendali tersebut berjaya menaikkan kembali nama KDA untuk muncul selaku juara Liga Premier serta naib johan Piala Malaysia menerusi sentuhan ajaib beliau.
https://twitter.com/newsoneplace/status/822647809950253057?s=21&t=ySHmtX-ISXV9IHjwORQx_A
Kehadiran Cheng Hoe dalam saingan Liga-M berjaya menaikkan lagi nama beliau sehingga melayakkan dirinya untuk menjadi jurulatih utama skuad kebangsaan.
Namun, tidak banyak yang dapat dilakukan beliau sepanjang bersama Harimau Malaya dan prestasi skuad tersebut juga agak menurun di pentas antarabangsa.
Kemuncaknya, beliau telah meletak jawatan tersebut setelah kegagalan skuad kebangsaan untuk tampil dengan lebih agresif ketika saingan Piala AFF lalu di Singapura.
Sehingga kini, beliau masih lagi belum melatih mana-mana pasukan dalam dan luar negara dan nama Cheng Hoe juga sudah mula dikaitkan dengan beberapa kelab tempatan.
Menurut pengendali berpengalaman itu, dirinya kini sudah pun bersedia untuk melatih pasukan-pasukan tempatan pada musim hadapan.
TERKINI: Tan Cheng Hoe Letak Jawatan Jurulatih Harimau Malayahttps://t.co/vn50a06YV2
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 3, 2022
Pada masa sama, Cheng Hoe sendiri mengesahkan beliau tidak terikat dengan mana-mana pasukan lagi sehingga kini dan masih berstatus bebas.
“Setakat ini saya, bila-bila masa sedia untuk berbincang dengan mana-mana pasukan yang berminat. Ini boleh dilakukan sekiranya mendapat persetujuan antara kedua-dua belah pihak.
“Saya sedia untuk kembali semula ke kancah bola sepak tempatan dan saya kini bersedia,” katanya ketika ditemui di Stadium Darul Aman di sini, semalam menerusi Berita Harian.
Bekas pemain tengah KDA itu ditemui ketika mewakili pasukan bekas pemain-pemain legenda bola sepak pasukan dalam aksi persahabatan bertemu kelab Sinar Super Lawak yang dimenangi mereka menerusi keputusan 2-1.
HANYA ZON GRANDSTAND DAN PAVILION AKSES MASUK BUAT PEMINAT JELAJAH BOLA SINAR
Pintu masuk yang akan dibuka adalah Pintu G4 bagi Zon Grandstand manakala Pintu P1 dan P4 bagi Zon Pavilion. Masuk adalah percuma. pic.twitter.com/aqTfycc1kC
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) September 10, 2022
Cheng Hoe sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa pasukan tempatan di media sosial, namun sehingga kini belum ada pengesahan yang dibuat mengenai kedudukan beliau pada musim hadapan.
Pengendali ini terkenal di KDA kerana berjaya menaikkan banyak bakat-bakat muda untuk diketengahkan seperti Syafiq Ahmad, Halim Shaari, Ifwat Akmal serta beberapa nama lagi.