Tan Cheng Hoe Akui Pemain Selangor Masih Perlukan Masa Untuk Capai Persefahaman

Pengendali Selangor iaitu Tan Cheng Hoe mengakui skuad kendaliannya menghadapi kesukaran pada aksi pertama mereka dalam saingan Liga Super ketika berdepan pendatang baharu, Kelantan United.

Pada perlawanan tersebut, Selangor berjaya meraih kemenangan tipis 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hasil jaringan pemain import mereka iaitu Yazan Al-Arab pada minit ke-40.

“Memang kami menjangkakan perlawanan ini merupakan sesuatu yang sangat sukar, dan kami pun sudah membuat analisis mengenai Kelantan United.

“Memang corak permainan mereka datang untuk bertahan dan mahu membuat kejutan menerusi serangan balas dan kami sudah pun mengetahui situasi tersebut. Apa yang penting kami berjaya mendapatkan tiga mata,” jelas Cheng Hoe.

Ketika ditanya mengenai prestasi pemain import Selangor yang dilihat mengecewakan, pengendali berpengalaman itu jelas masih lagi positif dan yakin akan kemampuan mereka.

“Kalau kita baca di media sosial, pemain terbaik di dunia pun kadangkala pun akan diberi pandangan negatif.

“Tetapi sebagi seorang jurulatih saya meletakkan keyakinan akan prestasi pemain import seperti Ayron Del Valle dan Yohandry Orozco.

Ini kerana mereka masih lagi baharu menyertai kem latihan dan belum menyesuaikan diri sepenuhnya untuk berada pada tahap terbaik bersama pasukan,” tambah bekas pengendali skuad kebangsaan itu.

Pada masa sama, beliau juga gembira dengan tiga mata yang diraih Selangor dan mengakui pasukan kendaliannya itu masih lagi dalam proses untuk mendapatkan persefahaman antara satu sama lain.

Mengulas mengenai pertukaran pemain tonggak seperti Faisal Halim, Cheng Hoe menyatakan pemain tersebut sudah pun beraksi dengan baik, namun beliau ada sebab tersendiri demi memperbaiki situasi semasa pasukan.

Malah, beliau juga menegaskan setiap pemain muda yang diberi peluang beraksi perlu sentiasa bersedia untuk tampil bermain ketika pasukan memerlukan khidmat mereka.

Akhir sekali, Cheng Hoe menjelaskan mereka masih lagi memerlukan masa untuk mengkaji segalanya diperlukan terutama di bahagian tengah bagi mencapai persefahaman baik menerusi gandingan baharu dibentuk.

Untuk aksi seterusnya, Selangor bakal berkunjung ke gelanggang lawan untuk menghadapi satu lagi lawan yang dinaikkan pangkat dari saingan Liga Premier musim lalu iaitu Kuching City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN