Manny Ott Anggap Kedah Masih Dalam Proses Fahami Cara Permainan Nafuzi Zain

Kedah Darul Aman (Kedah) menjadi salah satu pasukan yang sangat menonjol pada minggu pembukaan Liga Super 2023 menerusi kemenangan besar mereka mengatasi Perak.

Tampil dengan corak permainan agresif serta lebih tersusun, persembahan Kedah jelas mendapat reaksi yang sangat positif dalam kalangan penyokong Sang Kenari sebaik perlawanan tamat.

Menerusi kemenangan 4-1 itu, pastinya para penyokong berharap agar Kedah mampu untuk memberi persembahan sedemikian rupa ataupun lebih, setelah aksi positif diberikan mereka ketika menewaskan Perak di Ipoh.

Disebabkan itu, kapten Kedah musim ini iaitu Manuel Ott berharap agar rakan sepasukannya mampu meneruskan momentum tersebut dengan semangat juang yang tinggi untuk aksi seterusnya.

Ott yang menyertai Kedah musim ini tampil dengan aksi yang cukup memukau pada perlawanan pertama di hadapan para penyokong Sang Kenari menerusi sumbangan beliau di atas padang buat serangan kelab tersebut.

Daripada empat jaringan yang dihasilkan oleh Kedah, pemain Filipina tersebut telah pun terlibat dengan tiga daripadanya untuk menjadi salah satu kunci utama kekuatan pasukan itu musim ini.

“Saya gembira dengan pungutan tiga mata yang kami perolehi ini dan ia memberi permulaan baik dari segi moral pemain dan dapat meningkatkan keyakinan kami untuk meneruskan perlawanan seterusnya.

“Selaku pemain dalam pasukan yang baharu dibentuk ini, kami sedar kami masih dalam proses untuk memaksimumkan keserasian dengan corak taktikal yang direncanakan ketua jurulatih, Nafuzi Zain dan saya yakin semua pemain akan terus tingkatkan usaha untuk mencapai tahap yang diinginkan.

“Berapa cepat proses itu adalah atas usaha yang kami lalukan dan sebagai pemain serta ketua pasukan, saya yakin semua pemain sedang memberi fokus yang terbaik dalam memperkuatkan pasukan musim ini,” katanya menerusi Harian Metro.

Menerusi gandingan Ott bersama Manuel Hidalgo dan Lee Tuck, mutu permainan Kedah mula dipuji sejak aksi pramusim sebelum itu dan ianya bertambah baik selepas mereka pulang dari Turkiye.

Ott yang sudah biasa berada bawah kendalian Nafuzi Zain dianggap tidak mempunyai masalah besar untuk memahami kehendak jurulatih tersebut dalam taktikal di atas padang.

Untuk aksi seterusnya, Kedah bakal melayan kunjungan Terengganu di Stadium Darul Aman (SDA) dan dianggap sebagai misi getir buat Sang Kenari berdasarkan reputasi dimiliki lawan.

Ianya juga akan menyaksikan Ott bersama Nafuzi akan berhadapan kelab lama mereka pada musim lalu yang dilihat masih mencari keserasian lagi dalam permainan mereka.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN