Tamatnya Era Mike Ashley, Newcastle United Kini Miliki Kekayaan Terbesar Dalam Bola Sepak

Newcastle United akhirnya kini memeiliki pemilik baharu, dan secara dramatiknya menamatkan era Mike Ashley selama 14 tahun di Tyneside.

Sebuah konsortium yang dibiayai oleh Arab Saudi, diketuai oleh usahawan British, Amanda Staveley, melengkapkan pembiayaan bernilai £305 juta kepada jutawan pengusaha sukan itu.

Proses itu sekaligus menamatkan saga pengambilalihan selama 18 bulan selepas turut melibatkan pertikaian perundangan bersama pihak Premier League.

Kenyataan rasmi Premier League

Satu kenyataan dari Premier League untuk mengesahkan pengambilalihan tersebut telah berjaya turut dikeluarkan.

“Pihak Premier League, Newcastle United FC, dan St. James Holdings Limited pada hari ini telah menyelesaikan semua pertikaian mengenai pengambilalihan kelab oleh konsortium PIF, PCP Capital Partners dan RB Sports & Media.

“Selepas semakan oleh pemilik-pemilik [kelab] di Premier League dan pengarah-pengarah, maka kelab ini sah dijual kepada konsortium tersebut berkuatkuasa serta merta.

“Mengenai pertikaian perundangan melibatkan entiti berkepentingan yang bakal dan/atau memiliki pengusaan kelab selepas pengambilalihan. semua pihak telah bersetuju ianya diselesaikan untuk menamatkan ketidaktentuan yang dihadapi penyokong disebabkan perkara ini.

“Pihak Premier League secara perundangan juga telah menerima jaminan kerajaan Arab Saudi tidak akan menguasai Newcastle United FC.

“Semua pihak berpuas hati perkara ini dapat diselesaikan melalui proses yang mempunyai penjelasan dan kepastian yang nyata untuk Newcastle United dan penyokong mereka.

https://twitter.com/FootballlForAll/status/1446150504350982144

Yasir Al-Rumayyan pula dilantik selaku gabernor dan ketua pentadbir kepada PIF.

“Kami amat bangga untuk menjadi pemilik baharu Newcastle United, salah sebuah kelab bola sepak paling terkenal di England.

“Kami mahu berterima kasih kepada penyokong Newcastle kerana setia untuk bertahun lamanya dan kini kami teruja untuk bekerjasama.”

Kronologi ringkas pengambilalihan 

Pada Julai lalu, konsortium yang diketuai oleh Amanda Staveley terpaksa menarik diri dari pengambilalihan kelab Premier League tersebut selepas gagal mendapat kelulusan.

Isunya adalah perpisahan entiti yang dilihat dimiliki dan dikuasai oleh kerajaan Arab Saudi di konsortium yang ditubuhkan, iaitu Public Invesetment Fund (PIF). Ia adalah konsortium yang memiliki 80% saham Newcastle United selepas pengambilalihan selesai.

Staveley akan memegang baki sebanyak 10%, manakala usahawan adik beradik, David dan Simon Reuben memegang baki 10% saham untuk mengekal pemilikan Inggeris di dalam kelab.

Bidaan PIF terdahulu diselubungi oleh salah laku pihak Arab Saudi berkaitan hak asasi manusia dan bagaimana mereka menguruskan perkara berkaitan siaran sukan cetak rompak di Timur Tengah.

Malah pengambilalihan oleh pihak Arab Saudi terhadap Newcastle pada tahun lalu turut mendapat tetantangan daripada Amnesty International.

Amnesty International adalah sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan sekular antarabangsa yang ditubuhkan dengan tujuan untuk mempromosikan seluruh hak asasi manusia yang terdapat dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan piawai antarabangsa yang lain.

Bantahan daripada Amnesty adalah berkaitan penindasan hak asasi manusia yang dilaporkan berlaku di dalam kerajaan Arab Saudi yang melibatkan Putera Mohammed bin Salman secara langsung.

Tekanan politik di tahap tertinggi melibatkan hubungan dua hala Anglo-Saudi turut dikaitkan dengan proses pengambilalihan.

Terdapat laporan pada April lalu Putera Mahkota Mohammed bin Salman telah berjumpa dengan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson. Dalam pertemuan tersebut, Putera Mahkota itu memberitahu Johnson baginda berharap pihak Premier League mempertimbangkan semula pengambilaihan yang ditolak sebelum ini.

Malah Putera Mahkota Arab Saudi itu turut mengancam hubungan Anglo-Saudi akan terjejas sekiranya pengambilalihan tersebut tidak diberi kelulusan.

Sejak dari itu beberapa perbincangan di kalangan individu tahap tertinggi, diketuai oleh pihak Arab Saudi sendiri memulakan kembali rundingan dan percaya persetujuan mampu dicapai.

Walaupun tiada nama “kerajaan Arab Saudi” di dalam struktur pemilikan oleh PIF, model pemilikan tetap sama seperti pelan asal.

Seperti dikatakan tadi, Yasir Al-Rumayyan pula dilantik selaku gabernor dan ketua pentadbir kepada PIF untuk tujuan tersebut.

93.8% daripada Newcastle United Supporters Trust (NUST) turut menyokong pengambilalihan ini, membuatkan keraguan mengenai penglibatan Arab Saudi dan persoalan mengenai isu geopolitik tidak menjadi masalah di kalangan penyokong – sekaligus memudahkan urusan tukar milik.

Isu perundangan berkaitan

Isu siaran haram Premier League dan hubungan dengan Qatar berkaitan syarikat penyiar rasmi di negara telu, beIN Sports adalah pertikaian perundangan yang dimaksudkan di dalam pengambilalihan ini.

Difahamkam beberapa minggu lalu beIN Sports turut menghantar senarai laman sesawang yang menyiarkan siaran secara langsung Premier League secara haram kepada pihak berkuasa Arab Saudi untuk tujuan tindakan.

Hanya dalam beberapa hari sahaja, semua laman sesawang tersebut telah ditutup, dan kerugian yang dianggarkan bernilai $1 billion turut diselesaikan.

Sebelum ini Qatar memfailkan aduan kepada Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) mengesai salah laku Arab Saudi yang mengaramkan beIN untuk melakukan siaran di negara tersebut.

Malah beIN Sports turut mulai diterima di Arab Saudi sebagai penyiar rasmi perlawanan Premier League.

Struktur pemilikan

Public Investment Fund (PIF) ditubuhkan pada 1971, adalah sebuah konsortium milik kerajaan Arab Saudi untuk mengurus kekayaan kerabat dari negara itu.

Ia mempunyai aset yang dianggarkan nilai sekitar $500 billion.

Antara kepentingan PIF dalam urusniaga dunia adalah seperti di dalam syarikat seperti Live Nation, Boeing, Facebook, Citigroup, Disney, Bank of America, syarikat petroleum BP dan Uber.

PIF dipengerusikan sendiri oleh Putera Mahkot Mohammad bin Salman, dan Yashir bin Othman Al-Rumayyan bertindak selaku gabenor yang mengetuai pentadbiran konsortium tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN