Lima Pemain Terbaik Sepanyol Ketika Aksi Bertemu Itali

Lima pemain terbaik Sepanyol ketika aksi bertemu Itali dalam aksi peringkat separuh akhir saingan UEFA Nations League awal pagi tadi, merupakan antara pemain yang sememangnya sedang berada di tahap prestasi terbaik mereka pada ketika ini.

Itali dan Sepanyol bertemu dalam aksi peringkat separuh akhir Nations League di San Siro awal pagi tadi, dan ia juga merupakan pertembungan semula aksi separuh akhir saingan Euro 2020.

Sepanyol berjaya memecahkan rekod 37 perlawanan tanpa kalah Itali dengan mereka mencatatkan kemenangan 2-1 untuk mara ke perlawanan akhir.

Juara Eropah, Itali merupakan pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan UEFA Nations League kali ini, namun dek kerana terpaksa bermain dengan 10 orang pemain bertemu Sepanyol, persembahan mereka turut terjejas.

Ferran Torres berjaya menjaringkan dua gol untuk pasukan pelawat menewaskan Itali dalam perlawanan ini, seterusnya membuktikan mengapa beliau dianggap prospek masa hadapan Sepanyol.

Lorenzo Pellegrini berjaya menjaringkan gol pada minit ke-83 perlawanan, dalam usaha mereka untuk melakukan aksi comeback, namun ia sudah terlambat.

Gol jaringan beliau itu bolehlah dianggap saguhati untuk skuad Itali yang terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 di tangan Sepanyol.

Kebanyakan pemain utama Sepanyol berada di tahap persembahan terbaik mereka dalam perlawanan ini, dengan Luis Enrique menurunkan skuad terbaik beliau gabungan pemain muda dan veteran.

Berikut merupakan lima pemain terbaik Sepanyol yang cemerlang membantu skuadnya menewaskan Itali dalam perlawanan tersebut.

5) Sergio Busquets

Ketua pasukan Barcelona dan Sepanyol, Sergio Busquets dengan tiba-tiba telah mempamerkan aksi persembahan cukup menakjubkan dalam perlawanan ini.

Pemain defensive midfielder itu pada awalnya dilihat bergelut untuk menyesuaikan diri dengan tempo permainan, namun beliau kemudiannya berjaya mengawal permainan dengan sangat cemerlang.

https://twitter.com/Barca_Stats_/status/1445855433588158466?t=4DXTedsNTqz0x90gQzGomA&s=19

Walau tidak mempamer aksi cemerlang di peringkat kelab, Busquets jelas selesa beraksi bertemu Itali dan beliau tenang mengawal bahagian tengah padang dengan sangat baik.

Sepanjang aksi perlawanan peringkat separuh akhir ini, Busquets jelas lebih berhati-hati dan tidak melakukan kesilapan dalam menyesuaikan dirinya mengikut tempo permainan.

Beliau mampu menewaskan permainan aggressive jentera serangan Itali dengan mematahkan segala serangan pantas yang direncana oleh pasukan tuan rumah.

4) Marcos Alonso

Persembahan mantap Chelsea sejak kebelakangan ini telah meletakkan pemain mereka sebagai pilihan utama untuk skuad kebangsaan masing-masing.

Marcos Alonso yang diturunkan dalam kesebelasan utama Sepanyol dalam perlawanan ini, telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mengagumkan.

Beliau nampak sangat tenang dan langsung tidak merasa tekanan ketika beraksi bertemu The Azzurri dan turut menjadi antara pemain paling berprestasi dalam perlawanan ini.

Alonso tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain paling versatile di atas padang, dengan beliau cemerlang bergandingan bersama Mikel Oyarzabal di bahagian kiri padang.

Beliau juga cemerlang menggunakan kelebihan fizikalnya untuk meneutralkan serangan dari pasukan Itali dan memastikan gawang golnya tidak terdedah dengan ancaman.

Beliau memainkan peranan penting dalam terhasilnya kedua-dua gol Sepanyol, dan beliau turut pamer aksi bertenaga sepanjang 90 minit permainan.

Dengan Jordi Alba terpaksa diketepikan pada aksi perlawanan akhir, sepertinya Alonso akan sekali lagi diberi peluang untuk turun sebagai pemain utama Sepanyol.

Andai beliau mampu kekalkan tahap persembahan yang sama, tidak mustahil untuk melihat Alonso bakal membantu Sepanyol untuk bergelar Juara saingan UEFA Nations League tahun ini.

3) Mikel Oyarzabal

Saingan UEFA Nations League telah memperlihatkan begitu ramai pemain penyerang dan midfield yang sangat berbakat.

Dari kesemua bakat-bakat hebat itu, Mikel Oyarzabal tidak dinafikan lagi antara yang terbaik dan beliau juga bolehlah dianggap pemain terbaik dalam kejohanan pada tahun ini.

Walau beliau gagal bersinar ketika kejohanan Euro 2020 yang lalu, Oyarzabal sepertinya berjaya membuktikan kemampuan sebenar beliau di kejohanan UEFA Nations League ini.

Beliau sangat cemerlang bermain di sudut sebelah kiri padang, dan membuatkan pemain right-back Itali, Giovanni Di Lorenzo berdepan situasi sangat sukar sepanjang perlawanan ini.

Beliau berjaya mencatatkan assists untuk kedua-dua gol yang berjaya dijaringkan oleh Ferran Torres dalam perlawanan ini.

Kedua-dua bola hantaran beliau sememangnya sangat berkualiti dan mudah untuk disudahi dengan jaringan oleh bintang Manchester City itu untuk membantu Sepanyol mendahului permainan.

Selain mencatatkan dua assists, data dari Squawka menunjukkan yang Oyarzabal telah mencatatkan statistik yang sangat cemerlang sepanjang perlawanan ini.

2) Gavi

Masalah kecederaan yang membelenggu pemain utama menyebabkan pengurus Sepanyol, Luis Enrique terpaksa melakukan uji kaji dengan menggunakan khidmat pemain muda.

Walau ramai yang meragui pemilihan pemain beliau selepas melihat Gavi berada dalam kesebelasan utama, namun bintang muda Barca itu cemerlang mempamerkan aksi persembahan mantap dalam perlawanan ini.

Enrique memberi peluang kepada pemain muda itu untuk melakukan debutnya bersama skuad kebangsaan Sepanyol dalam aksi perlawanan peringkat separuh akhir saingan UEFA Nations League.

Gavi berjaya memberi masalah kepada pemain Itali yang boleh dikatakan menghabiskan masa sepanjang perlawanan untuk berusaha menghentikan asakan dari pemain muda itu.

Di usia 17 tahun 62 hari, Gavi menjadi pemain paling muda dalam sejarah bola sepak Sepanyol yang beraksi dalam skuad utama mereka.

Menariknya lagi, beliau mempamerkan aksi seolah-olah dirinya merupakan pemain utama skuad, dengan melakukan hantaran yang cemerlang dan sentiasa berjaya mendominasi jentera tengah pasukan lawan.

Ia jelas sekali merupakan debut idaman untuk bintang berusia 17 tahun itu dan para peminat tentunya sangat teruja untuk melihat beliau mengekalkan tahap persembahan yang sama ketika aksi perlawanan akhir nanti.

1) Ferran Torres

Dek kerana Alvaro Morata terpaksa diketepikan, Enrique memutuskan untuk memberi peluang kepada Ferran Torres membuktikan kemampuan sebenar beliau.

Bintang Manchester City itu hanya memerlukan 17 minit sahaja untuk memberikan impak seperti yang diharapkan.

Beliau turut cemerlang menjaringkan gol kedua pada aksi babak pertama permainan, untuk memastikan Sepanyol mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0.

Beliau menunjukkan kualiti penyudah yang sungguh menakjubkan dalam perlawanan ini, dan turut sering memberi ancaman ke kubu Itali sepanjang perlawanan tersebut.

Sayang sekali, pada awal aksi babak kedua permainan, beliau terpaksa dikeluarkan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Para peminat sangat berharap agar kecederaan yang beliau alami tidak begitu parah, dan beliau akan mampu untuk diturunkan dalam aksi perlawanan akhir nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN