Tamat Suku Akhir, Ini XI Terbaik Pilihan SemuanyaBOLA

Penjaga Gol – Jordan Pickford (England)

Courtois antara penjaga gol yang cemerlang ketika menafikan cabaran Brazil. Namun kami memilih Pickford kali ini atas merit ‘clean sheet’ dengan melakukan 3 aksi menyelamat luar biasa.

Bek kanan 

Mario Fernandes (Rusia)

Walaupun gagal menyempurnakan penalti dalam penentuan penalti, namun aksi beliau menentang Croatia sangat baik. Melakukan 5 bentesan bersih, 2 hantaran lintang tepat, 1 ciptaan peluang, 1 percubaan tepat dan 1 gol.

Bek tengah Varane (Perancis)

NIZHNY NOVGOROD, RUSSIA – JULY 06: Raphael Varane of France celebrates after scoring his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Uruguay and France at Nizhny Novgorod Stadium on July 6, 2018 in Nizhny Novgorod, Russia. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Pemain ini meneruskan kecemerlangan beliau dalam Piala Dunia kali ini. Menjaringkan 1 gol dan membantu Perancis tidak dibolosi.

Maguire – England

Seorang lagi bek tengah yang berjaya menjaringkan gol dan tidak bolos. Beliau meletakkan namanya antara pemain paling cergas tahun ini. Terlibat dalam kesemua perlawanan EPL dan Piala Dunia setakat ini.

Bek kiri 

Laxalt (Uruguay)

Dalam kekalahan Uruguay, pemain ini bermain sangat baik dan bertenaga ketika bertahan dan menyerang. Beliau berjaya mengurangkan impak Mbappe. 3 clearances, 4 bentesan tepat dan 3 gelecekan berjaya dilakukan dalam perlawanan menentang Perancis.

Tengah defensif

Lucas Torreira (Uruguay)

Lucas Torreira efektif melakukan 4 pintasan dan 4 bentesan bersih. Beliau ternyata pemain tengah defensif terbaik dalam pusingan suku akhir kali ini.

Luka Modric (Croatia)

Beliau sangat berpengaruh dalam perlawanan menentang Rusia. Terlibat dalam banyak gerakan dan mencipta beberapa peluang.

Coutinho (Brazil)

KAZAN, RUSSIA – JULY 06: Philippe Coutinho of Brazil looks dejected following the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Brazil and Belgium at Kazan Arena on July 6, 2018 in Kazan, Russia. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Walaupun pasukan beliau kalah, nama Coutinho terus menjadi perhatian. Beliau banyak memecahkan pertahanan Belgium pada separuh masa kedua dan melakukan 3 percubaan bahaya yang dihadang. Turut melakukan 1 ciptaan peluang, 2 hantaran bahaya dan 1 assist dalam perlawanan ini.

Sayap kanan

De Bruyne (Belgium)

Menjaringkan 1 gol dan menjadi nadi penting Belgium di serangan dan di tengah. Beliau diarahkan bermain di posisi lebih ke kanan dalam perlawanan menentang Brazil dan sangat baik dalam pertukaran posisi dengan Lukaku.

Sayap kiri

Eden Hazard (Belgium)

Pemain yang berjaya melakukan 100% gelecekan berjaya, 9/9 ketika menentag Brazil. Berjaya mengucar-kacirkan lawan dengan skil dan visi permainan beliau.

Griezmann (Perancis)

Rating

Beliau menjaringkan 1 gol dan juga 1 asssist ketika Perancis menewaskan Uruguay.

Senarai simpanan

Courtois (Belgium)

Melakukan beberapa aksi menyelamat penting untuk memastikan Belgium menang

Godin (Uruguay)

Pemain yang efektif dalam melakukan hantaran dan sangat baik di udara.

Jese Lingard (England)

4/4 gelecekan berjaya dan 1 assist ketika menentang Sweden.

Cheryshev (Rusia)

Menjaringkan gol cantik dan berjaya merencana gerakan di zon serangan.

Lukaku (Belgium)

Larian deras beliau adalah masalah utama pasukan Brazil untuk 45 minit. Melakukan 1 assist. Cuma impak agak berkurangan pada separuh masa kedua kerana perubahan intensiti taktikal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN