TAKZIAH: Pemain PJ City P. Rajes Meninggal Dunia

Berita duka pada pagi Isnin ini adalah apabila khabar sedih menimpa kem PJ City selepas pemain P. Rajes meninggal dunia.

Rajes yang merupakan pemain yang sering menjadi tunjang P. Maniam, meninggal dunia dengan sebab yang dikatakan terlibat dengan kemalangan dan ianya disahkan sendiri oleh Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM).

Dalam siaran mereka, PFAM mengesahkan Rajes kini sudah tiada dan salam takziah mereka sampaikan.

”Salam takziah buat keluarga mendiang Rajes Perumal, pemain PJ City yang meninggal dunia awal pagi ini.

”Semoga keluarga mendiang tabah dan diberi kekuatan menempuh dugaan ini,” tulis PFAM.

Keluarga bola sepak Malaysia berduka

Pemergian Rajes secara mengejut ini turut mendapat perhatian ahli keluarga bola sepak Malaysia.

Pemain Sarawak United, Sandro Mendoca turut berkongsi kesedihan atas pemergian Rajes.

”Satu berita yang menyedihkan! Berehatlah dengan tenang sahabat,” tulis Sandro.

Bekas pemain Selangor dan Kuala Lumpur, Shahrom Kalam juga ada mengucapkan takziah buat Rajes.

”Salam takziah sahabatku P. Rajes. Rakan sepasukan Selangor 2014, pemain PJ City ini.

”Dikhabarkan kemalangan jalan raya pagi tadi. Awal sangat ni cha,” tulis Shahrom di Twitter.

Kami di Semuanya BOLA turut berduka dengan berita sedih ini.

Salam takziah daripada kami untuk keluarga P. Rajes.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN