Analisis: Variasi Dalam Taktikal Pochettino Dan Penekanan Struktur Untuk Mengawal Tengah

Kali ini saya tertarik untuk mengajak pembaca semuanyaBOLA berbincang tentang taktikal Pochettino.

Falsafah bola sepak moden semakin kompleks. Dahulu kita lebih mendengar jurulatih dikaitkan dengan formasi utama yang signifikan.

Misalnya Sir Alex Ferguson yang popular dengan 4-4-2 ataupun 4-3-3. Namun pada hari ini, variasi di dalam formasi lebih diberikan penekanan.

Dalam artikel kali ini, saya akan fokus kepada kemampuan pengurus menggunakan pendekatan sistem bek berempat dan bek bertiga.

Sistem bek bertiga

Dalam 2 perlawanan sebelum ini Jose Mourinho sudah menguji sistem bek bertiga di alam praktikal.

Zinedine Zidane juga berkali-kali menggunakan sistem bek bertiga di dalam kempen Real Madrid musim ini.

Ketika Jurgen Klopp cuba bangkit daripada ketinggalan di tangan Leicester City dengan sistem bek bertiga.

Pendekatan bek bertiga turut digunakan oleh Gareth Southgate baru-baru ini.

Apa yang jelas di sini adalah kemampuan pasukan untuk bermain banyak formasi terutama sekali yang berubah di dasar (deepest line) adalah penting.

Antonio Conte menyatakan, meskipun mereka bermain bek bertiga dan boleh membentuk rantaian berlima yang ketat tetapi beliau tetap percaya mereka perlu tahu cara bermain bek berempat.

Ia kadangkala lebih efektif untuk bertahan berbanding rantaian berlima.

Variasi formasi dalam taktikal Mauricio Pochettino

Mauricio Pochettino dikenali dengan falasafah bola sepak cair (fluid) dalam formaasi moden 4-2-3-1.

Itulah yang menjadi asas kekuatan Spurs sejak 2 musim yang lalu.

Setelah mereka kehilangan Erik Lamela kerana kecederaan dan Son Heung Min pula gagal memberikan aksi terbaik untuk mengisi posisi Erik Lamela.

Ketika itu Pochettino meggunakan 3-4-2-1 yang membentu 5-2-2-1/5-4-1 ketika bertahan. Formasi bertahan yang mirip dengan Conte.

Pada awalnya, ianya dilihat sebagai satu formasi sebagai persiapan untuk membias (mirroring) formasi Chelsea. Formasi 3-4-2-1 Spurs telah mengakhiri rekod kemenangan 13 perlawanan Chelsea.

Namun ia lebih daripada itu. Mereka berya dengan formasi ini dalam perlawanan-perlawanan selepas itu.

Arsene Wenger turut memiliki pelan sistem bek bertiga dalam bank taktikal beliau. Ingat lagi ketika Arsenal menentang Spurs?

Sistem Spurs menggunakan 2 pemain no.10 (double tens) di belakang Harry Kane/ no.9. Chelsea memiliki sistem yang lebih melebar (wide) sedikit dengan Hazard dan Pedro.

Ini bermakna, Spurs lebih roaming berbanding dengan sistem serangan bertiga Chelsea. Chelsea pula, Hazard sangat roaming manakala Pedro ataupun Willian lebih langsung (direct) di dalam gerakan mereka.

Yang pasti kedua-dua pasukan sangat mementingkan aspek larian masuk ke dalam kotak secara diagonal pada kadar segera.

Aspek kestabilan dan disiplin

Sistem Pochettino mementingkan kestabilan di tengah untuk mengawal tempo perlawanan. Ini yang membezakan counterpressing mereka dengan Liverpool.

Saya tidak menggunakan istilah menguasai tengah, saya lebih merasakan aspek mengawal tengah sebagai keutamaan berbanding dengan menguasai tengah.

Menguasai bahagian tengah adalah perkara kedua selepas anda berjaya mengawal tempo di tengah. Dari segi disiplin, Spurs lebih formatif (kekal dalam formasi/posisi).

Ini adalah ketika mereka cuba bertahan di kawasan lebih rendah. Pemain tengah mereka membuatkan ruang menjadi sesak.

Manakala Liverpool lebih bergantung kepada diverting runs. Pemain bergerak secara bebas dan membentuk satu posisi baru untuk diri sendiri.

Liverpool dan Manchester City mementingkan aspek bertahan di kawasan lawan. Manakala Spurs mementingkan aspek bertahan di tengah ataupun lapisan kedua dari atas.

Chelsea pula lebih menyerap (absorbent) di kawasan belakang.

Ini bukan bermakna Spurs tidak bermain high line pressing. Mereka masih bermain high line pressing kerana kedudukan lapisan pemain tengah mereka yang tinggi.

Inilah sebab Spurs sangat bagus menentang pasukan yang ball playing.

Namun, Pochettino ternyata kecewa dengan kekalahan di tangan Liverpool kerana lemahnya disiplin dan struktur mereka di tengah pada separuh masa pertama.

Rumusan

Daripada terkenal dengan sistem tekanan tinggi 4-2-3-1, Pochettino memperkembangkan skop taktikal dengab formasi 3-4-2-1. Ini membolehkan beliau banyak pilihan taktikal yang efektif.

Mereka ada alternatif jika pemain-pemain utama mereka tercedera ataupun tidak boleh bermain.

Ini yang membuatkan bek bertiga mereka sangat terdedah sama ada kerana counterpressing ataupun serangan balas.

Itulah serba sedikit tentang variasi taktikal dan pengurusan taktikal Pochettino.

Baca juga: Taktikal: Memecahkan Pertahanan Rantaian Berlima Dengan Pendekatan Halfspace Cara Joachim Loew

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN