Harry Redknapp Dedah Sebab Kenapa Beliau Sangat Bencikan Bola Sepak Antarabangsa

Bekas pengurus Tottenham Hotspur iaitu Harry Redknapp merupakan individu yang sangat bencikan aksi bola sepak antarabangsa.

Beliau melabelkan aksi bola sepak antarabangsa sebagai sesuatu yang “tidak berguna”.

Semua ini beliau luahkan ketika menjadi panel sebuah rancangan terbitan BT Sport baru-baru ini iaitu Premier League Tonight.

Tak berguna

Ketika bercakap mengenai bola sepak antarabangsa, Redknapp secara terang-terangan berkata yang beliau bencikan bola sepak antarabangsa kerana ia tidak membawa sebarang hasil terutamanya bagi pasukan England.

“Tiap-tiap kali tempoh bola sepak antarabangsa, kita akan main dengan baik.”

“Kita akan kalahkan semua pasukan di peringkat kelayakan dan bila di kejohanan sebenar kita akan balik awal. Ia amatlah tak berguna!”

Redknapp juga berkata yang beliau tidak lagi kisah dengan bola sepak antarabangsa malah tidak hiraukan lagi jika England bermain dan mendapat siaran langsung di kaca televisyen.

“Saya tak hadap lagi untuk tonton perlawanan bola sepak antarabangsa lagi di kaca televisyen. Saya buat tak tahu saja.”

“Saya tak sabar untuk tunggu Premier League bermula semula seperti biasa! Saya tak sabar nak tengok perlawanan bola sepak yang senonoh dan berkualiti tinggi.”

Rekod teruk

Apa yang dikatakan Redknapp ada benarnya dan mungkin dipersetujui oleh majoriti penyokong pasukan England yang sudah bosan dengan prestasi pasukan kebangsaan mereka di kejohanan antarabangsa yang sering pulang awal.

Sejak tewas di tangan Jerman ketika separuh akhir EURO 1996, England tidak pernah menjejaki peringkat separuh akhir di mana-mana kejohanan antarabangsa. Berikut adalah rekodnya:

  • Piala Dunia 1998 – Pusingan 16 pasukan terakhir (tewas kepada Argentina)
  • EURO 2000 – Terkandas di peringkat kumpulan
  • Piala Dunia 2002 – Suku akhir (tewas kepada Brazil)
  • EURO 2004 – Suku akhir (tewas kepada Portugal)
  • Piala Dunia 2006 – Suku akhir (tewas kepada Portugal)
  • EURO 2008 – Tidak layak
  • Piala Dunia 2010 – Pusingan 16 pasukan terakhir (tewas kepada Jerman)
  • EURO 2012 – Suku akhir (tewas kepada Itali)
  • Piala Dunia 2014 – Terkandas di peringkat kumpulan
  • EURO 2016 – Suku akhir (tewas kepada Iceland)

Baca juga: Analisis: Variasi Dalam Taktikal Pochettino Dalam Penekanan Struktur Untuk Mengawal Tengah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN