Taktikal AS Roma 2015/2016: Bagaimana Mereka Bermain?

Kegagalan AS Roma menguatkan pasukan pada Januari 2015 menjadi punca mereka ketinggalan 17 mata di belakang Juventus pada musim lepas.

Maka sebab itulah pengarah bola sepak mereka, Walter Sabatini, sibuk dalam jendela perpindahan musim panas yang lepas.

Radja Nainggolan ditandatangani secara tetap dari Cagliari. Penjaga gol Wojciech Szczesny di bawa masuk untuk memberi saingan kepada penjaga gol veteran, Morgan de Sanctis.

Sabatini turut mendapatkan Iago Falque dan Mohamed Salah untuk menambah sengat di bahagian sayap. Lucas Digne dipinjam daripada PSG untuk menggantikan Ashley Cole.

Dan yang paling penting, Roma berjaya mendapatkan Edin Dzeko. Disatukan dengan rakan senegara Miralem Pjanic, Roma mengharapkan Dzeko mampu meneruskan sentuhan prolifiknya di Itali.

Setakat ini, Dzeko sudah menjaringkan 85 gol di Bundesliga dan 71 gol di English Premier League.

Taktikal AS Roma

Dari segi taktikal AS Roma, Rudi Garcia gemar bermain dengan formasi 4-2-1-3 atau 4-3-3.

Dengan kehadiran Wojciech Szczesny, Roma mendapat seorang penjaga gol yang selesa mengekalkan penguasaan bola.

Di hadapannya, Kostas Manolas bergandingan dengan Daniel de Rossi yang selalunya bermain di tengah.

Tujuannya adalah sama seperti tujuan Pep Guardiola meletakkan Javier Mascherano sebagai pertahanan tengah ketika di Barcelona. Atau Marcelo Bielsa yang meletakkan Javi Martinez sebagai pertahanan tengah di Athletic Bilbao:

Rudi Garcia mahu seorang pemain pertahanan tengah yang selesa memegang bola untuk mengekalkan penguasaan bola mereka dari belakang.

Di posisi bek; Alessandro Florenzi bermain di bek kanan. Lucas Digne pula di bek kiri.

Mereka diarahkan membantu pemain sayap seperti Mohamed Salah, Iago Falque, Juan Iturbe dan Gervinho ketika serangan dilakukan.

Di bahagian tengah, sementara Kevin Strootman pulih dari kecederaan, Seydou Keita diarahkan melindungi pasangan Manolas dan de Rossi.

Miralem Pjanic pula berfungsi sebagai perancang utama dan kerap menyertai serangan di kotak penalti.

Untuk membantu Pjanic dalam fasa serangan dan Keita dalam fasa pertahanan, Radja Nainggolan pemain paling sempurna bagi tugas ini.

Di bahagian serangan, Edin Dzeko lebih banyak berfungsi sebagai pembantu kepada 2 pemain sayapnya.

Dengan kehadiran Mohamed Salah, Roma mempunyai pilihan yang lebih direct berbanding Gervinho yang gemar melakukan hantaran satu-dua untuk menyerang.

Paling menarik adalah bagaimana lagenda Roma yang berusia 39 tahun, Francesco Totti, akan bermain dalam sistem taktikal AS Roma ketika ini.

Besar kemungkinan beliau akan menyokong tugas Dzeko sebagai penyerang simpanan.

Roma ketika fasa pertahanan

Cara Roma menyerang dan bertahan mirip Barcelona ketika musim 2008/2009.

Roma melakukan tekanan (pressing) hanya apabila bola sudah dipindahkan ke jentera tengah pihak lawan.

Roma tidak kisah jika pertahanan tengah pasukan lawan yang memegang bola. Tetapi sebaik sahaja bola berpindah milik kepada pemain jentera tengah lawan, sistem pressing Roma akan mula berfungsi.

Ketika kemenangan 2-1 mereka ke atas Juventus, Edin Dzeko kerap kali dilihat mengawal Simone Padoin ketika Juventus cuba merancang serangan dari belakang.

3 pertahanan tengah Juventus dibiarkan oleh Roma untuk memegang bola. Akibatnya bola hanya banyak berlegar-legar di kawasan padang Juventus.

roma1

Ini menyebabkan pengganti tugas Pirlo, Padoin tidak dapat turun le bawah untuk mengutip bola. Dengan Dzeko yang mengawal Padoin, Roma mempunyai 4 pemain di tengah padang. Berbanding Juventus yang mempunyai 3 pemain tengah.

roma2

Apabila Juventus mahu menggerakkan bola ke jentera tengah/serangan, Roma dengan mudah dapat mematahkan hantaran mereka.

Untuk menangani bahaya yang ditimbulkan oleh pasukan yang menggunakan 2 penyerang seperti Juventus, Seydou Keita akan menjadi pertahanan tengah ke-3 untuk meberikan kelebihan situasi 3v2 di belakang.

roma3

Sama seperti apa yang Yaya Toure dan Sergio Busquet lakukan di Barcelona ketika di bawah Pep Guardiola.

Roma ketika fasa serangan

Roma bermain dengan garisan defensif yang tinggi (bagi standard Serie A). Dan pantas menggerakkan bola ke kubu pihak lawan melalui hantaran pendek.

Untuk merancang serangan dari belakang, Daniel de Rossi dan Kostas Manolas akan mengutip hantaran Szczesny dari kawasan sayap. Ini adalah untuk memastikan padang menjadi seluas yang mungkin.

Untuk mengisi ruang yang besar antara Manolas dan de Rossi, Keita akan turun untuk menjadi pertahanan tengah ke-3. Sama seperti apa yang Yaya Toure dan Sergio Busquet lakukan di Barcelona ketika di bawah Pep Guardiola.

Ketika inilah Roma seakan-akan bermain dalam formasi 3-4-3.

roma4

Dari tengah, Roma menyerang dengan menggunakan kreativiti Pjanic dan rembatan jarak jauh Nainggolan. Dari kawasan sayap, mereka menyerang melalui larian direct dan hantaran lintang Mohamed Salah, Gervinho, Juan Iturbe dan Iago Falque.

Turut menyokong serangan adalah Alessandro Florenzi dan Lucas Digne. Mereka kerap melakukan larian overlapping untuk mencipta situasi 2v1 di kawasan sayap pihak lawan.

Inilah yang berlaku di kawasan Stephen Lichtsteiner dan Patrice Evra dalam kemenangan 2-1 Roma ke atas Juventus.

Baca juga: PENGENALAN KEPADA TUGAS PERANCANG: PLAYMAKER, TREQUARTISTA, REGISTA DAN ENGANCHE

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN