Bukan hanya di dalam padang mereka mencatur taktikal berdepan musuh, malah taktik di luar padang juga licik dalam membantu Thailand kali ini.
Thailand dilihat tidak agresif dan bernada lebih mesra dengan semua pihak di kempen Piala AFF kali ini, waima adakalanya berdepan provokasi hebat.
Ini membantu mereka berjaya mengharungi semua halangan walaupun dilihat terpaksa mengetepikan beberapa bintang terbaik untuk edisi kali ini.
Jika di edisi lepas mereka memiliki Chanathip Songkrasin untuk membawa mereka mara hingga ke pentas final dengan kehebatannya menggerakkan jentera depan, kali ini Thailand menggunakan sepenuhnya ‘playmaker’ kedua di kempen lepas sebagai tunjang utama, Theerathon Bumnathan.
Pelbagai perubahan dilakukan mereka termasuklah dari segi taktikal dan tidak terkecuali dari aspek mencipta hubungan PR (public relations) baik.
Stuart Wilkin & Darren Lok antara yang mencuri perhatian Madam Pang 🇲🇾🆚🇹🇭#AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/CPCvW1Vfak
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 7, 2023
Jika melihat tekanan yang dihadapi disamping barisan pemain yang mereka ada, sudah tentu ramai mengatakan yang mereka sukar untuk ke final.
Untuk mencipta suasana positif di kem Gajah Perang, mereka membina hubungan baik dengan media biarpun tekanan memuncak. Ini bagi redakan tekanan ke atas mereka dan mencipta pula tekanan ke atas pihak lawan. Itu yang nampaknya berlaku sehingga kini sepanjang kejohanan berjalan.
Tidak kira sama ada pengendali, Mano Polking atau pengurus pasukan, Madam Pang, mereka seirama dalam memberi komen terhadap lawan.
Ketika berdepan Malaysia, mereka memuji beberapa pemain skuad negara dan dikatakan berminat untuk membawa ke Thai League selepas ini.
Madam Pang dilihat memanggil sebuah sidang media khas bersamanya di hotel sebelum Malaysia berdepan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Ia seakan-akan usaha akhir Thailand untuk membuatkan Malaysia berasa terlampau ‘selesa’, tambahan beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri.
Siapa Madam Pang? Pembaca boleh ikuti artikel ini tentang siapa individu yang sentiasa berada di belakang skuad kebangsaan Thailand ini.
Media Thailand Senaraikan Stuart Wilkin, Mukhairi Ajmal Antara Pemain Yang Berbakat & Berbahayahttps://t.co/ikR3XtFnq6
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 6, 2023
“[Malaysia] ada ramai pemain bagus, saya dapat lihat perlawanan terakhir [menentang Singapura] pemain nombor 8 [Stuart Wilkin] yang menjaringkan dua gol menentang Singapura. Begitu juga nombor 9 [Darren Lok] kerjasama yang bagus,” tegas Madam Pang di sidang media khas bersamanya.
Tentunya ini sedikit sebanyak mengganggu persediaan mental pemain-pemain yang disebutnya. ‘Menyerang’ secara spesifik sebegini boleh mencipta ruang ‘selesa’ dan mungkin sedikit sebanyak membuatkan pemain terleka dengan tugasan yang diberikan dalam perlawanan.
Malah di sidang media selepas Malaysia menang tipis 1-0, Polking dilihat tiada masalah memuji penyokong Harimau Malaya serta mempersoalkan mengapa gol kedua Malaysia dibatalkan. Lebih menyebelahi Malaysia.
“Sejujurnya, saya melihat gol kedua itu adalah gol,” ungkap Polking.
Anda boleh baca permainan kata-kata dan minda di kem Thailand?
Mereka kurang bercakap tentang pasukan mereka, sama ada kelebihan dan kekurangan. Apa yang lebih menjadi fokus adalah meninggalkan komen terhadap pasukan lawan yang mungkin boleh memberi kesan sampingan.
#NSTsports Dominic Tan's disallowed goal during the first leg of #AFFCup semi-final between the Malaysia and #Thailand, at National Stadium in Bukit Jalil on Saturday was actually a goal.https://t.co/frwtudw15M
— New Straits Times (@NST_Online) January 9, 2023
Berdepan Vietnam, Madam Pang tampil pula memuji pengendali lawan, Park Hang-seo, “Beliau telah mengubah landskap bola sepak Asia tenggara.”
“Saya sangat menghormati Coach Park. Saya telah menyaksikan kepesatan pembangunan bola sepak Vietnam dalam beberapa tahun ini,” tambahnya.
Tidak mustahil ini jugalah usaha terakhir mereka dalam memesongkan tumpuan kem Vietnam untuk aksi kedua final Piala AFF 2022, nanti.
Disamping itu, mereka tidak lupa untuk menjulang pemain mereka sendiri disamping pemain cuba menyemarakkan semangat penyokong sendiri.
Seperti sebelum ini, Theerathon selaku kapten sentiasa dengan nada optimis, Thailand akan menang di bumi mereka. Beliau juga mengharapkan sokongan padu daripada para penyokong untuk menggamatkan stadium.
Taktik luar padang Thailand ini dilihat cubaan mereka untuk ‘merompak’ sedikit keyakinan lawan dengan menambah rasa selesa dan kelekaan.
Thailand membawa bekalan baik ke laman sendiri apabila terikat 2-2 menentang Vietnam di aksi pertama final Piala AFF 2022 pada Jumaat.