‘Takkan Hari Ini Kerja, Esok Terus Dapat Hasilnya’ – Solskjaer

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memberitahu bahawa, tugas untuk memperbaiki kerosakan di Manchester United, bukannya boleh dalam sekelip mata.

“Ini bukan kerja pembaikan yang sekelip mata,” jelas Solskjaer.

Solskjaer mengambil alih daripada Jose Mourinho pada musim lalu. Dan pada bulan Mac, beliau diberikan kontrak tetap selepas aksi cemerlang United di bawah kendalian beliau.

Namun selepas kemenangan ke atas PSG di UCL, Manchester United bergelut dengan prestasi. Pada musim ini, mereka hanya menang 1 daripada 5 perlawanan terakhir.

Terpaksa menentukan kelayakan ke pusingan ke-4 Piala Carabao dengan penentuan penalti berhadapan dengan pasukan divisyen 3, Rochdale.

Sebelum sepak mula berhadapan dengan Arsenal pada awal pagi esok, Manchester United berada di tangga ke-11. Jadi, tiada alasan untuk para pemain United untuk keciciran mata lagi bagi memperbaiki kedudukan mereka.

Solskjaer mengakui United kini dalam kesulitan dari segi prestasi. Namun pengendali itu menyatakan perkara itu adalah sudah dijangka kerana proses merawat Manchester United sedang berjalan dan ianya memerlukan sedikit masa lagi.

Solskajer berkata kepada Sky Sports: “Dah tentu, dalam perjalanan kita, kita akan tiba-tiba terlanggar bonggol.”

“Saya tidak pernah menyatakan saya ada formula untuk memperbaiki kerosakan di sini dengan segara.”

“Kota Rom itu sendiri tidak dibina dalam masa sehari. Kita perlukan masa, dan sikap para pemain yang kita ada sangat hebat.”

“Mereka sentiasa mahu belajar, meningkatkan diri sendiri. Ini perkembangan yang sangat bagus. Dan mood anda akan ditentukan oleh keputusan dalam perlawanan.”

Solskjaer berjaya mendapatkan dana bagi membeli pertahanan Harry Maguire dan Aaron Wan-Bissaka yang memakan kos lebih £130 juta.

Solskjaer menganggap 2 pemain tersebut telah membuktikan Manchester United kini di landasan yang tepat. Manchester United hanya bolos 6 kali daripada 6 perlawanan setakat ini. Ia cukup untuk menilai bahawa pembelian mereka adalah tepat untuk memperbaiki aspek pertahanan United.

“Rasanya, kita sudah buktikannya, dengan pembelian yang mahal kita lakukan untuk 2 pemain pertahanan. Kesannya, lihatlah betapa sedikitnya bolos yang kita ada setakat ini.”

“Ya, kita ada bolos beberapa gol yang tak sepatutnya. Namun, fokus seterusnya adalah untuk mara lebih jauh di atas padang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN