“Takat Troll, Peluh Pun Tak Keluaq” – Sanusi Tak ‘Koyak’ Dengan Usikan Nakal Penyokong Johor

Suasana bola sepak di Malaysia sentiasa meriah dengan pelbagai isu dalam dan luar padang bola dengan membabitkan pemain, penyokong, sehingga kepada pihak atasan dengan pelbagai kerenah.

Terbaharu, Dato’ Seri Sanusi Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah pun membidas satu kenyataan troll yang dikeluarkan oleh satu laman Facebook sebentar tadi.

Menerusi laman Facebook rasmi Sanusi, beliau telah memuat naik satu kenyataan troll daripada laman ‘TROLL Football JOHOR’ yang telah mengejek aksi Menteri Besar Kedah tersebut ketika bermain rugbi.

Kenyataan tersebut ketika itu dilihat seolah mengejek Sanusi yang bermain rugbi sambil mengaitkan dengan isu politik buat diri beliau dengan mengatakan pilihan raya bakal tiba tidak lama lagi.

“Lihat anak panah, dah elok-elok main bola sibuk nak main ragbi. Dah la team bola terceduk, dia main ragbi terceduk.

“Risau min jadi apa2 nanti. PRU dah nak dekat, kita tak nak kehilangan bahan hiburan di masa lapang,” jelas kenyataan daripada laman TROLL Football JOHOR tersebut.

Seperti diketahui, Sanusi antara individu yang agak aktif di media sosial, dan beliau kembali membidas kenyataan itu dengan lontaran ayat yang agak sinis untuk laman tersebut.

“Sagat muka, berdeghemen, lebam, luka tu perkara biasa bila bergomoi di padang.

“Takat dok troll kot fesbuk ni, peluh pun tak keluaq, silap-silap jiwa admin koyak. Dok tengok komen, macam kena kenduri sakan.

“Kita pelik, depa yang koyak. Apa habaq min? Makan ubat dak lagi…” bidas Sanusi kembali.

Gambar Sanusi beraksi dengan lasak ketika bermain ragbi itu mula tular beberapa hari ini setelah perkongsian yang dibuat di Facebook memaparkan keadaan Presiden KFA tersebut tersungkur dan foto tersebut sempat dirakam oleh jurukamera di sana.

Menurut info, ketika itu Sanusi telah menyertai perlawanan persembahan ragbi antara pasukan Pilihan MB dan Kuala Muda Rugby Club (KMRC) di IPG Kampus Sultan Abdul Halim (IPSAH), Sungai Petani.

Kredit foto: Khairil Ajhar

Aksi beliau yang lincah serta lasak bermain ragbi nyata mendapat tumpuan orang ramai termasuk di media sosial kerana Sanusi dilihat masih lagi aktif bersukan selain berkebolehan dalam sukan bola sepak.

Sebelum ini, Sanusi juga antara yang lantang bersuara mengenai hal bola sepak tempatan khususnya mengenai Johor Darul Ta’zim (JDT) sehingga mendapat pelbagai maklum balas di media sosial.

Kemuncak, apabila beliau dilihat mencipta satu perseteruan bersama pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila kedua individu tersebut saling berbalas kata-kata sinis di media sosial.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN