Tak Sambung Kontrak Yusri, Kelantan FC Buru Jurulatih Berpengalaman

Kelantan FC
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Kelab Bola Sepak Kelantan (Kelantan FC) mengambil langkah drastik dalam misi untuk mengintai slot ke saingan Liga Super 2022 apabila melakukan rombakan besar-besaran terhadap barisan kejurulatihan pasukan tersebut bagi menghadapi kempen Liga Malaysia 2021.

Ia berikutan keputusan pengurusan tertinggi kelab yang memilih untuk tidak melanjutkan kontrak ketua jurulatih, Yusri Che Lah. Tidak terkecuali menerima nasib yang sama ialah tiga lagi pembantu Yusri iaitu Tengku Hazman Raja Hassan, Azli Mahmood dan Ismail Chawalit Abu Bakar.

Keputusan diambil itu adalah untuk memberikan ruang kepada seorang jurulatih yang mampu untuk memenuhi kriteria ditetapkan. Perkara itu dijelaskan oleh pemilik pasukan, Norizam Tukiman menurut sumber laporan yang dikeluarkan oleh Bernama, semalam.

Dalam perkembangan sama, beliau melihat Kelantan FC memerlukan jurulatih yang berpengalaman serta dapat bekerjasama dengan pemain dan pihak pengurusan untuk membentuk pasukan mantap.

“Perubahan itu nampak drastik, namun Kelantan FC perlu berani jika mahu memburu slot ke Liga Super dan kejuaraan lain musim hadapan…langkah ini sangat penting kerana saya mahu membentuk pasukan menggunakan acuan sendiri yang mempunyai mentaliti memburu kejuaraan.”

“Saya mahu jurulatih itu mampu menerapkan mentaliti menjaringkan gol dan meraih kemenangan serta taktikal bertahan turut diperlukan supaya Kelantan FC tidak mudah dibolosi pihak lawan.”

“Bola sepak hari ini lebih kepada kepantasan, kebijaksanaan untuk menjaringkan gol bagi meraih kemenangan dan bijak memerangkap pasukan lawan,” ujar Norizam bercakap kepada wakil Bernama.

Sebagai rekod, Yusri Che Lah mula bersama skuad Kelantan pada saingan 2018 sebagai pemangku jurulatih sebanyak dua kali apabila Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bertindak memecat Sathit Bensoh di awal musim dan Fajr Ibrahim pula meletakkan jawatan pada pertengahan musim tersebut.

Anak kelahiran Perlis itu kemudiannya bertindak selaku ketua jurulatih bagi menghadapi musim 2019 dan 2020 sebelum pengurusan tertinggi pasukan melihat sudah tiba masanya buat Kelantan FC untuk mencari pengendali baharu.

Musim ini, Kelantan menamatkan persaingan Liga Premier di tangga keenam dan berjaya melayakkan diri ke Piala Malaysia namun kecundang 3-2 pada aksi menentang UiTM FC yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak.

Dalam pada itu, Norizam turut mendedahkan bahawa telah menerima pemohonan daripada jurulatih dari Sepanyol, Jerman, Hungary dan beberapa negara lain untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Yusri itu.

Kredit featured image: TRW Kelantan FC

Baca artikel lain dari kami mengenai Yusri Che Lah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN