Penjaga gol Leicester City, Kasper Schmeichel mengutuk sikap segelintir pihak yang mengkritik rakannya di Manchester United, David de Gea secara melampau sejak saingan liga bersambung.
De Gea telah menerima kecaman hebat termasuk dalam kalangan penyokong United sendiri setelah melakukan dua kesilapan individu sehingga menyebabkan pasukannya tewas dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Chelsea tempoh hari.
Penjaga gol Sepanyol itu turut melakukan kesilapan dalam beberapa perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) sehingga menyebabkan United tercicir mata dan menyukarkan usaha untuk merebut kedudukan empat pasukan teratas.
Bagaimanapun Schmeichel yang akan beraksi bersama Leicester berdepan United dalam perlawanan terakhir liga pada Ahad nanti tampil mempertahankan De Gea.
Kasper Schmeichel to Sky Sports
— GOAL Asia (@GOALasia) July 24, 2020
"David de Gea is still a world-class goalkeeper. It's a lonely position and those are the margins you play in as a goalkeeper – you simply cannot make mistakes because you will be punished."
Is the Man Utd goalkeeper still "world-class"? 🤔 pic.twitter.com/3Twok4Md3h
“Penjaga gol memang sering dipersalahkan. Pada saya, jika mahu mengkritik, pastikan ianya mengikut konteks. Tetapi kritikan yang dia [De Gea] terima ketika ini terlalu melampau,” kata Schmeichel kepada Radio BBC.
Ketika tewas kepada Chelsea tempoh hari, De Gea gagal menahan tolakan Olivier Giroud yang menghasilkan gol pembukaan The Blues dan kemudian gagal menepis percubaan jarak jauh Mason Mount.
Bekas kapten United, Roy Keane sebelum ini berkata beliau ‘bengang bagai nak gila’ dengan De Gea selepas melakukan kesilapan ketika berdepan Tottenham Hotspur bulan lepas dan meminta pemain itu pulang dengan teksi.
Dalam masa yang sama, penjaga gol muda United yang sedang dipinjamkan ke Sheffield United, Dean Henderson kini berada pada prestasi terbaiknya dan menimbulkan persoalan mengenai masa depan De Gea di Old Trafford.
Jika Tak Dapat Jadi Nombor 1 Di United, Dean Henderson Mungkin Ke Chelsea https://t.co/BN2NaUthsS pic.twitter.com/Wzwpq5Q7kQ
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) July 23, 2020
Schmeicel yang merupakan anak kepada penjaga gol legenda United, Peter Schemeichel berkata kurangnya pengulas bola sepak dalam kalangan penjaga gol menyebabkan De Gea dinilai atau dihakimi oleh mereka yang tak pernah beraksi di posisi berkenaan.
“Tak ada penjaga gol yang menjadi pengulas atau penganalisis di televisyen atau surat khabar, jadi saya rasa kritikan kepada De Gea itu tidak adil.
“Mereka tidak memahami lebih dalam mengenai teknikal seorang penjaga gol. Dengan rasa hortmat, saya berani cakap sebenarnya mereka tak tahu realiti sebenar. Jangan terlalu mudah nak menghentam macam kita sendiri tak pernah buat kesilapan.”
Baca juga artikel kami yang lain mengenai David de Gea: