Muncul satu lagi insiden unik dalam arena bola sepak apabila seorang pengadil di liga divisyen kedua Mesir membuat keputusan untuk membatalkan gol pada lewat permainan hanya dengan membuat semakan menerusi telefon bimbit.
Dalam aksi yang mempertemukan Suez dan Al-Nasr itu pada Jumaat itu, pengadil utama Mohamed Farouk membuat keputusan tersebut setelah meneliti ulang tayang pada telefon bimbit salah seorang penyokong.
Al-Nasr menyangka telah mendapat jaringan penyamaan pada lewat permainan, tetapi pasukan Suez membantah gol tersebut kerana mendakwa ianya terkena tangan pemain pasukan pelawat.
Selepas mengambil masa untuk menilai termasuk melihat sendiri ulang tayang menerusi telefon bimbit, pengadil tersebut memutuskan untuk membatalkan gol berkenaan.
15 minit masa tambahan diperuntukkan dan Suez pula yang menambah jaringan menjadikan keputusan 3-1 berpihak kepada pasukan tuan rumah.
Pengadil tersebut meninggalkan padang dengan dikawal ketat oleh oihak polis selepas menerima protes daripada pemain dan pegawai Al-Nasr yang turut mengugut mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pengadil kerana melanggar peraturan.