“Tak Perlu Pergi Jauh Ke Stamford Bridge, Di Jakarta Pun Ada” – Stadium Serba Moden Persija Siap Dibina

Jakarta International Stadium 2022 Persija

Jakarta International Stadium yang mula dirancang pembinaannya sejak hujung tahun 2010 akhirnya tersergam indah selepas ia telah siap dibina dan hanya menanti masa untuk dirasmikan penyewanya – Persija Jakarta.

Stadium yang dianggarkan telah memakan kos pembinaan bernilai $312 juta (RM1.3 bilion) itu dijangka akan dibuka pada malam hari raya dengan penganjuran festival bertakbir dan solat Aidilfitri pada pagi keesokannya.

Ia mampu menampung jumlah kehadiran sebanyak 82,000 penonton pada satu-satu masa dan merupakan yang terbesar di Indonesia selepas Stadium Gelora Bung Karno – yang mampu menampung lebih 77,000 penonton. Jakarta International Stadium juga dikatakan akan digunakan oleh skuad kebangsaan Indonesia.

Sejak dirancang pembinaannya, pantadbiran bandar Jakarta menghadapi masalah tentangan oleh penduduk di perumahan setinggan yang berada di kawasan pembinaannya yang akhirnya berjaya diselesaikan pada 2019. Projek ini akhirnya boleh dijalankan bermula pada Mac 2019 selepas perumahan setinggan telah dirobohkan.

Sembilan tahun selepas dirancang, baru boleh buat proses pecah tanah! Namun, jika diselusuri sejarahnya, sebenarnya perancangan pembinaan stadium ini telah bermula sejak 2009 – iaitu lebih sedekad yang lalu.

Stadium ini adalah yang termoden dan serba mewah yang pernah dibina di Indonesia. Menurut vokalis Padi, Fadly yang ditugaskan menguji sistem audio dan pencahayaan, “Sound system dan lighting-nya luar biasa. Tidak perlu lagi jauh-jauh ke Stamford Bridge. Kerana di Jakarta, kita memiliki JIS yang dibangun oleh anak bangsa.”

Sebagaimana di Malaysia, kebanyakkan stadium di Indonesia dibina bersama trek balapan dan ia jauh berbeza dengan apa yang kita lihat di luar negara terutamanya di Eropah – di mana stadium dibina tanpa trek balapan.

Ia adalah bagi memudahkan pihak pengurusan stadium yang kebanyakkannya adalah daripada pentadbiran kawasan tersebut untuk menganjurkan pelbagai acara sama ada sukan mahupun acara selain sukan seperti konsert dan sebagainya di sana. Oleh itu, mereka tidak perlu lagi membina stadium khas untuk acara lain.

Namun, di Indonesia sudah ada beberapa stadium yang dibina tanpa trek balapan. Antaranya Stadium Batakan yang digunakan oleh kelab Persiba Balikpapan dan Stadium Maguwoharjo yang digunakan kelab PSS Sleman.

Malaysia memiliki dua buah stadium tanpa trek balapan iaitu Stadium Tun Abdul Razak, Jengka yang digunakan FELDA United sebelum ini dan Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri yang dimiliki Johor Darul Ta’zim (JDT).

Stadium Sultan Ibrahim sudah pernah diiktiraf sebagai Stadium Of The Year 2020 selepas memenangi undian yang dihos oleh laman web, StadiumDB.com. Stadium Sultan Ibrahim mendapat 64,260 mata undian – jauh meninggalkan Stadium Allegiant di Las Vegas (23,390 mata) dan Stadium Ahmad Bin Ali di Qatar (22,341 mata).

Menerusi Tribun News, dikatakan ada tiga teknologi menarik mengenai Jakarta International Stadium ini iaitu, pencahayaan LED berstandard FIFA di dinding luar dan dalam stadium, ‘Retractable Roof’ (bumbung boleh buka dan tutup) dan terdapat solar panel yang dijangka akan menjimatkan penggunaan eletrik di stadium tersebut.

Bagaimana anda melihat stadium yang bakal digunakan Persija Jakarta ini? Stadium ini juga akan digunakan Sang Garuda untuk aksi antarabangsa. Adakah Harimau Malaya akan merasmikannya untuk Derbi Serumpun?

Jom kita lihat sedikit gambaran mengenai stadium mewah serba moden ini menerusi Channel YouTube ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN