Kenyataan Terbaru Kylian Mbappe Buat Real Madrid Rasa ‘Seriau’

Beberapa laporan media sebelum ini mengesahkan Kylian Mbappe sudah sah bakal bergelar pemain Real Madrid menjelang jendela perpindahan musim panas akan datang.

Namun demikian, sebaliknya yang berlaku apabila bintang Piala Dunia Perancis itu seolah-olah terus memberi indikasi masa depannya belum lagi dimuktamadkan.

Buat masa ini pemain itu kelihatan selesa bersama Paris Saint-Germain (PSG). Dua gol jaringan Mbappe, dua lagi oleh Neymar dan satu gol Messi pada hujung minggu lalu membantu PSG menang mudah ke atas Lorient di dalam aksi Ligue 1.

Dan perlawanan itu jelas membuktikan Mbappe belum lagi menarik ‘brek-tangan’ untuk memberikan sehabis baik untuk PSG.

Malah ketika bercakap kepada Amazon Prime mengenai masa depannya, tiada perubahan telah disahkan.

Walaupun dikhabarkan akan ke Santiago Bernabeu pada musim panas akan datang, nampaknya pemilik PSG, Nasser Al-Khelaifi kini sedang berusaha sehabis baik untuk memastikan Mbappe terus kekal di Parc des Princess melangkaui musim ini.

“Ada banyak elemen, banyak faktor yang berkaitan rapat dengan saya perlu ditimbang secara adil,” kata Mbappe mengenai masa depannya.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, ia bukan keputusan yang mudah. Saya cuba membuat keputusan terbaik bersama mereka yang rapat bersama saya.

“Saya akan mengambil masa secukupnya untuk membuat keputusan yang tepat.

“Jika saya sudah membuat keputusan, sudah pasti saya sudah mengumumkannya. Adakah ada kemungkinan untuk terus kekal di PSG? Ya, sudah tentu.”

Kenyataan terbaru daripada bekas pemain Monaco itu sudah pasti membuatkan kem Real Madrid tidak tenang dan rasa ‘seriau’, khususnya presiden kelab, Florentino Perez yang begitu mahukan pemain itu untuk membentuk generasi baharu skuad Los Blancos.

Malah Karim Benzema baru-baru ini turut menyatakan keinginannya untuk beraksi bersama rakan senegaranya di Real Madrid pada musim hadapan.

“Pasukan yang paling mengerunkan saya pada hari ini adalah PSG. Jika Mbappe datang menyertai Real Madrid, jumlah jaringan kami pasti akan berganda,” ujar Benzema.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN