Tak Peduli Apa Nasib Kelab, Thomas Tuchel Beri Komitmen Terus Kekal Di Chelsea

Thomas Tuchel Chelsea

Thomas Tuchel telah mengesahkan hasratnya untuk terus kekal sebagai pengurus Chelsea walaupun selepas pemilik pasukan, Roman Abramovich menjual kelab tersebut.

Awal minggu ini, jutawan Rusia berkenaan telah mengumumkan bahawa beliau akan menjual The Blues ekoran tindakan kerajaan United Kingdom yang memberi tekanan kepada mana-mana individu yang mempunyai hubungan perniagaan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

“Sentiasa Mementingkan Kelab” – Penyokong Chelsea Puji Kemuliaan Hati Roman Abramovich

Pengumuman itu dibuat hanya beberapa jam selepas Chelsea mara ke pusingan suku akhir Piala FA setelah menewaskan Luton Town 3-2.

Ketika bercakap dalam sidang media menjelang aksi berdepan Burnley pada Sabtu, Tuchel memaklumkan beliau dan semua pemain telah diberi taklimat mengenai situasi semasa kelab dan setiap kemungkinan yang akan berlaku.

“Kami ada mengikuti taklimat di sini oleh Petr [Cech] yang memberikan maklumat kepada semua orang di bangunan ini mengenai situasi yang berlaku,” ujar jurulatih warga Jerman tersebut.

“Hakikatnya kita perlu hidup dalam keadaan ini, dan tak masuk akal untuk kami bimbang sepanjang masa walaupun perkara ini memang memberi kesan kepada pasukan.”

Tuchel dibawa masuk ke Chelsea oleh dua individu penting iaitu pengarah kelab, Marina Granovskia dan Petr Cech. Namun beliau menegaskan dirinya akan terus kekal di Stamford Bridge walaupun kedua-dua mereka diminta meninggalkan pasukan oleh pemilik baharu.

“Saya tak mahu komen mengenai spekulasi masa depan Marina. Setakat ini komunikasi saya dengan Marina dan Petr masih baik sejak dari hari pertama lagi,” tambahnya.

“Saya memang berharap dapat terus kekal bekerjasama dengan orang yang sama, tetapi jika tidak saya perlu menyesuaikan diri dengan suasana baharu.

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk terus tinggal di sini. Chelsea, pada pandangan saya adalah kelab yang sempurna dan saya suka berada di sini. Mudah-mudahan ia akan berterusan.

“Memang terdapat ketidakpastian dan apa sahaja boleh berlaku, tetapi sebagai jurulatih bola sepak, saya sudah terlatih untuk beradaptasi dengan tahap dan keadaan yang berbeza.

“Bagaimanapun saya tetap positif dan saya harap segalanya akan berakhir dengan baik.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN