‘Tak Nak Merajuk Lagi’ – Jordan Mintah Sedia Turun Naik Skuad TFC & TFC II

Jordan Mintah

Penyerang handalan Terengganu, Jordan Mintah kini dilaporkan sudah meletakkan kepentingan pasukan melebihi dirinya menjelang musim baharu Liga Malaysia.

Menurut Mintah, beliau kini mahu fokus membantu Terengganu tidak kira sekiranya beliau diturunkan dalam skuad utama atau kedua.

Akan tetapi, beliau secara terbuka masih berharap akan menjadi pilihan Nafuzi Zain untuk terus diletakkan dalam skuad utama bagi musim 2022.

“Terpulang kepada barisan kejurulatihan sama ada hendak meletakkan saya di skuad Terengganu 1 atau 2.”

“Tak kira mana-mana pasukan, pastinya saya boleh bermain untuk mereka.”

Mintah kini tidak mahu lagi mengenang episod dimana beliau dilaporkan merajuk kerana dinafikan peluang untuk bermain di skuad utama selepas beraksi cemerlang bersama TFCII musim lalu.

Malah, persembahan cemerlang Mintah bersama TFCII musim lalu menjadi beliau penjaring terbanyak Liga Premier dengan 16 gol – sama banyak dengan Fernando Rodriguez (JDT).

Kini yang tinggal adalah usaha Mintah untuk berikan yang terbaik kepada pasukannya pada musim ini dan cuba mengulangi prestasi cemerlangnya musim lalu tetapi di Liga Super.

Namun begitu, Mintah perlu berusaha untuk merampas tempat yang dimiliki oleh duo serangan baharu Terengganu iaitu Kpah Sherman dan juga Tchetche Kipre.

Gandingan Sherman-Kipre yang dilihat cukup berbahaya buat Kedah Darul Aman musim lalu kini dibawa ke Terengganu serta berpotensi mencetus gerun pasukan lawan.

Selain gerun pasukan lawan, ia juga akan mencabar Mintah dalam usaha untuk memastikan tempatnya di skuad utama Terengganu terus kekal.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN