Jang Suk-won boleh dikatakan sebagai seorang yang agak unik kerana beliau antara pemain yang tidak aktif di media sosial meskipun perkara tersebut dilihat agak penting masa kini untuk kegunaan orang ramai berhubung.
🔰 JANG SUK-WON, OUR NEW BLOOD!
KDA FC dengan ini mengumumkan pemain import baharu pertama untuk musim 2022, Jang Suk-Won!#kdafc #newblood #2022season pic.twitter.com/hxCUnNvtfa
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) December 12, 2021
Menurut pertahanan import bagi Kedah Darul Aman itu, beliau memilih untuk tidak aktif di media sosial kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya dalam kerjaya selain mahu memberi fokus buat dirinya selain mengakui tidak ada mendaftar mana-mana akaun di sebarang aplikasi yang popular.
“Saya memilih untuk tidak memiliki akaun dalam media sosial kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya dalam kerjaya saya dan fokus untuk persiapan saya bersama pasukan.
“Mungkin ramai penyokong yang mencari akaun media sosial saya dalam talian, tetapi itu tidak bermakna saya tersisih dari perhubungan dengan penyokong kerana saya juga sentiasa mengikuti perkembangan semasa berkaitan penyokong melalui media rasmi KDA FC.
“Sebagai pemain, saya sentiasa menghargai sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh penyokong Kedah untuk saya pada musim ini walaupun saya tidak kelihatan dalam media sosial, dan di sebalik itu, saya mahu membalas kata semangat penyokong itu dengan kejayaan kepada pasukan pada musim ini,” katanya menerusi Harian Metro.
Selain itu, Suk-won juga mengakui dirinya lebih bersemangat kini untuk mempamerkan aksi lebih cemerlang bersama Kedah setelah sekembalinya para penyokong hadir ke stadium untuk memberi galakan buat beliau dan rakan sepasukan dan menurut pemain itu, sorakan mereka memberi inspirasi buat dirinya beraksi dengan lebih baik.
Jang Suk-Won our Man of the Match #LS1 #SWKKDA! Well done Jang!#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #LS1 #SWKKDA pic.twitter.com/11zdeeh2z1
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) March 4, 2022
“Saya berharap semangat penyokong Sang Kenari akan kembali meningkat ke stadium sebaik kami memulakan aksi sambungan Liga Super pada 6 April ini di laman sendiri.
“Keutamaan yang saya berikan adalah untuk fokus sepenuhnya menghadapi aksi bersama Kedah pada musim ini dengan persiapan yang dilakukan pasukan berada pada tahap yang terbaik setakat ini.
“Saya sedar tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan selain kerja keras berterusan bagi memastikan kejayaan buat KDA FC yang akan menempuhi saingan Piala AFC di Bali pada Jun ini.”
Suk-won antara tenaga import baharu yang menyertai Kedah musim ini untuk memperkukuhkan benteng pertahanan selain seorang lagi pemain dari Andorra iaitu Marc Vales.
Musim lalu, pemain berusia 32 tahun ini telah mempamerkan karakter yang cemerlang selaku pertahanan import bersama Melaka United tiga tahun menabur bakti bersama pasukan tersebut sebelum ini.
Gandingannya bersama Rodney Calvin setakat ini menghadirkan tanda positif dalam kalangan peminat apabila Kedah hanya bolos 2 gol sepanjang aksi tiga Liga Malaysia (Liga-M) berlangsung.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!