“Tak Nak Kecewa Lagi”- Sony Norde Mahu Terengganu Bangkit Berdepan Kedah

Penyerang import lincah Terengganu iaitu Sony Norde mahu pasukannya mencipta kebangkitan supaya tidak terus mengalami nasib malang untuk kali kedua dalam saingan Liga Super 2023.

Terengganu yang bermula dengan langkah kiri musim ini sebelum itu telah pun ditewaskan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk siri pembukaan Liga Super dan Piala Sumbangsih dengan keputusan penuh 0-2 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

https://twitter.com/fcterengganu/status/1630735800412549121?s=46&t=tNKoHPAxh-jPqEUHL3Lozg

Menerusi rombakan dibuat oleh Terengganu, Sony menjadi antara pemain baharu yang direkrut untuk memperkuatkan pasukan tersebut musim ini yang turut akan menyertai saingan Piala AFC.

Untuk aksi malam ini, Sang Penyu bakal menghadapi satu lagi aksi getir untuk berdepan Kedah Darul Aman (Kedah) di gelanggang lawan dalam misi untuk kembali meraih tiga mata penting.

Menurut Sony untuk aksi malam ini, beliau dan rakan sepasukan lain sudah pun bersedia untuk tampil bertenaga di Stadium Darul Aman (SDA) bagi memburu tiga mata pertama musim ini dalam saingan Liga Super.

Dengan kehadiran Liridon Krasniqi serta pemain import terakhir Terengganu iaitu Omid Nazari, Terengganu dijangka bakal tampil dengan lebih baik berbanding perlawanan lalu.

Walaupun begitu, Sony juga mengakui kekuatan semasa yang dimiliki Kedah ketika ini dan menganggap sebagai pasukan yang sukar ditewaskan.

Apatah lagi, Kedah juga berada dalam motivasi terbaik mereka untuk menghadapi perlawanan malam ini selepas mereka masih segar dengan kemenangan 4-1 ketika menewaskan Perak.

Enggan menyerah lebih awal, Sony menekankan skuad diwakilinya kini tidak mustahil untuk merebut tiga mata pertama mereka jika segala perancangan dibuat pengendali kelab, Tomislav Steinbruckner mampu diikut sempurna.

“Perlawanan pertama menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) Jumaat lalu adalah aksi sukar lebih-lebih lagi pasukan TFC ramai pemain baharu termasuk saya.

“Bagaimanapun aksi kedua malam esok kami tidak mahu kecewa lagi, kami harap mampu tampilkan aksi lebih positif dan agresif, lagipun kami seperti biasa sudah bersedia terutama dengan kehadiran Liridon dan Nazari.

“Saya harap dapat beraksi di posisi kegemaran iaitu sayap bagi memastikan saya mampu melaksanakan tugas dengan lebih baik, namun ianya terpulang kepada strategi ketua jurulatih, saya akan buktikan mampu beraksi di mana-mana posisi bagi memastikan mata pertama dapat diraih pasukan,” katanya menerusi Harian Metro.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN