Kepulangan Liridon Krasniqi Antara Tarikan Utama Aksi Kedah & Terengganu

Saingan Liga Super 2023 terus bersambung untuk perlawanan kedua dengan salah satu aksi tumpuan membabitkan pertemuan antara Kedah Darul Aman (Kedah) menentang Terengganu.

Aksi yang bakal berlangsung di Stadium Darul Aman itu menyaksikan kedua pasukan bakal berentap dalam misi untuk merebut tiga mata penting dan dijangka akan sengit.

Kedah yang sebelum itu mencatat kemenangan 4-1 untuk mengatasi Perak dilihat sebagai pasukan pilihan berdasarkan prestasi serta barisan pemain dimiliki cukup berkualiti.

Terengganu pula perlu mencipta kebangkitan, apabila perlawanan pertama menyaksikan mereka tewas di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi keputusan 0-2 di Stadium Sultan Ibrahim.

Ianya juga dianggap sebagai perlawanan yang istimewa buat Nafuzi Zain, kerana beliau bakal berhadapan kembali bekas kelab bimbingannya kini bawah kendalian Tomislav Steinbruckner.

Menerusi aksi malam ini, kedua pasukan memiliki barisan pemain yang hebat serta menjadi tumpuan penting buat para pemerhati bola sepak tempatan.

Liridon Krasniqi (Terengganu)

Pemain naturalisasi negara ini telah pun dipinjamkan oleh JDT pada musim ini buat Terengganu dan dijangka bakal disenaraikan dalam kesebelasan utama menentang Kedah.

Nama Liridon Krasniqi bukan lagi sesuatu yang asing buat penyokong Sang Kenari, selepas beliau bermula di Malaysia untuk menjulang namanya bersama Kedah pada tahun 2015.

Tidak diturunkan pada aksi lalu, pastinya Steinbruckner mempunyai rencana penting mengenai Liridon selepas beliau tidak dapat menggunakan khidmat Habib Haroon kerana mengalami kecederaan.

Kelebihan Liridon yang mampu mengawal tempo permainan dengan sangat baik serta mahir dalam gelecekan bola pastinya menjadi pertaruhan penting buat jurulatih dari Croatia itu untuk memerangkap Kedah.

Manuel Ott (Kedah)

Kapten Kedah musim ini iaitu Manuel Ott merupakan pemain paling penting buat Sang Kenari kerana beliau berperanan untuk mengatur serangan serta mengepalai posisi tengah kelab tersebut.

Ott juga bakal berhadapan kembali kelab lamanya iaitu Terengganu, setelah musim lalu beliau sangat cemerlang di sana sehingga mendapat pujian penuh daripada para penyokong Sang Penyu.

Tiga bantuan gol diberikan Ott pada aksi pertama lalu, pastinya beliau akan menjadi ancaman penting buat Terengganu di hadapan gol berdasarkan kelicikan dimiliki pemain tengah menyerang tersebut.

Ariff Farhan Md Isa (Kedah)

Kelibat Ariff kembali menjadi sebutan dalam kalangan penyokong Kedah, ekoran aksi positif dipamerkan beliau sejak pramusim lalu bawah kendalian Nafuzi Zain.

Arif menjadi antara penjaring gol pada perlawanan lalu dan sumbangannya pasti akan terus ditagih untuk aksi malam ini ketika berdepan cabaran Terengganu di laman sendiri.

Pertahanan kiri ini memiliki keupayaan sangat baik di bahagian pertahanan serta mampu mengimbanginya untuk membantu serangan pasukan, selain pakar dalam membuat rembatan jarak jauh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN