Jelas sekali, dalam mandi, makan dan tidur Jose Mourinho pasti akan terkenangkan akan Luke Shaw.
Itulah pandangan bagi pemain kebangsaan England itu yang sering menjadi sasaran bekas pengurus Manchester United tersebut untuk dikritik.
Walaupun kedua-dua individu ini tidak lagi bersama-sama, namun jelas sekali Mourinho masih lagi ‘gila bayang’ dengan pertahana kiri United itu.
“Saya tak faham, saya tak tahu kenapa dia masih lagi mahu menuding jari kepada saya,” kata Shaw menerusi The World Game.
Pada hemat Shaw, Mourinho jelas sekali tidak tenang dengan hidupnya sekarang dan beliau berharapkan pengurus AS Roma itu akan lebih bahagia selepas ini.
“Beliau berterusan bercakap mengenai saya sampaikan rakan sepasukan turut mempersoal apa yang tak kena dengan dia ni?”
“Harapnya, dia akan bertemu dengan ketenangan dan berhenti risaukan mengenai saya. Jelas sekali, saya selalu ada dalam kepalanya dan dia sering fikir mengenai saya.”
Respon dari Shaw ini hadir selepas Mourinho baru-baru ini hadir dengan satu lagi kritikan terhadap pemain itu ketika England menentang Republik Czech.
Menurut Mourinho, servis yang diberikan oleh Shaw begitu teruk kepada penyerang England ketika menyerang walaupun beraksi dengan baik.
“Servis yang diberikan amatlah teruk. Mereka mempunyai cukup ramai pemain bagus untuk menyerang di sudut. Hantaran lintang yang dilakukan juga tidak menuju kepada pemain pertama (first man).”
“Luke Shaw, pada pandangan saya, amat bagus pada malam ini cuma amat teruk ketika menyerang di sudut. Sama juga dengan Kalvin Phillips,” kata Mourinho menerusi temubual di TalkSport.
Walaupun sudah lama terpisah, jelas sekali Mourinho masih lagi terkenangkan Shaw.
Tak puas baca artikel kami? Ini ada lagi untuk anda:
Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode
Copa America: Brazil Hadapi Cabaran Sukar Chile, Argentina Jumpa Ecuador
Kecewa Hampa Kerana Tersingkir, Ronaldo Lempar Lilitan Lengan Kapten