Bekas Pengurus Selangor ‘Bidas’ Kenyataan TMJ Tentang Isu Intensiti

bekas-pengurus-selangor-Zakaria-Rahim-TMJ-2021-skuad-kebangsaan

Bekas pengurus Selangor, Zakaria Rahim dilihat tidak bersetuju dengan kenyataan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagramnya, TMJ menyelar kem skuad kebangsaan yang seolah-olah pergi bercuti ketika meneruskan baki saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, UAE pada awal bulan Jun yang lalu.

Menurut TMJ yang dilihat cuba mempertahankan prestasi hambar pemain sayap JDT, Safawi Rasid berkata, “Lepas pulang daripada Portugal, dia score goals. First game sumbangsih dah score. Selepas tu dia injured. Return from injury score lagi.”

“Belum 100 peratus recover, coach ambik for Harimau Malaya. Low intensity training. Sampai sekarang down. Now kami kena repair dia macam kami kena repair setiap pemain national call up yang training macam pegi holiday,” titip TMJ lanjut.

TMJ Instagram Safawi Rasid 2021

Ini merupakan kenyataan terbaharu TMJ selepas pernah memuat naik isu yang sama mengenai kem skuad kebangsaan sehingga memutuskan untuk memohon untuk ambil alih skuad negara kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Prestasi Safawi Rasid sememangnya menjadi persoalan besar kepada skuad Harimau Malaya dan kini bersama JDT di saingan AFC Champions League (ACL). Dalam aksi bertemu Ratchaburi Mitr Phol FC dan Pohang Steelers, beliau telah disisihkan.

Prestasinya memang tidak sebagaimana beliau sebelum ini. Realitinya, beliau baru kembali pulih daripada kecederaan ketika saingan Liga Super menuju ke perlawanan terakhir sebelum rehat untuk aksi antarabangsa iaitu kelayakan Piala Dunia.

Untuk musim 2021, beliau hanya tampil 352 daripada 1170 minit sepatutnya iaitu merangkumi 30 peratus minit permainan. Apa yang mampu ditagih daripadanya?

Bercakap kepada Harian Metro, Zakaria Rahim yang juga merupakan bekas pengurus Safee Sali berkata, “Sebenarnya bukan faktor skuad kebangsaan dan juga bukan Tan Cheng Hoe [pengendali negara] tak mahu buat latihan intensiti tinggi.”

“Tapi kena faham, latihan macam itu [berintensiti] sepatutnya kelab yang sedia untuk menyediakan pemain apabila menyertai kem negara,” jelasnya lanjut tentang mengapa Cheng Hoe dan barisan kejurulatihan skuad kebangsaan tidak wajar dipersalahkan.

Jelasnya lanjut, tempoh 25 hari skuad kebangsaan di UAE tidak cukup untuk jurulatih menerapkan latihan berintensiti tinggi dengan Harimau Malaya perlu berdepan lima perlawanan termasuklah aksi pemanas badan dan juga waktu untuk rehat lagi.

“Kita kena ingat, dua hari sebelum perlawanan antarabangsa kita tak boleh terlalu menekan pemain dan mereka harus diberi rehat kerana aksi antarabangsa ‘levelnya’ tak sama dengan Liga M,” ungkap Zakaria tentang isu latihan skuad kebangsaan.

Oleh itu, tambahnya, isu sebenar adalah mengenai pemilihan pemain untuk mewakili skuad kebangsaan. Benar kata TMJ, Safawi Rasid belum bersedia untuk ke skuad kebangsaan tetapi kudratnya telah ditagih sepanjang aksi Harimau Malaya di UAE.

“Pada saya pemain yang dipanggil sepatutnya pemain yang ada minit permainan yang baik di liga tempatan, bukannya yang duduk bangku simpanan lepas itu dapat main dalam skuad negara,” tegasnya mengenai panggilan skuad kebangsaan baru-baru ini.

“Bila jarang beraksi di kelab, macam mana pemain itu nak menyerlah dengan skuad kebangsaan sedangkan di dalam liga kurang bermain. Di situ kena diambil perhatian serius untuk kem latihan akan datang,” ujar Zakaria Rahim lanjut mengenainya.

Apa yang diungkapkan olehnya sudah kerap kali dibincangkan, malah semenjak senarai pemain skuad kebangsaan dikeluarkan, banyak pihak termasuklah para penyokong menyoal tentang status sebilangan pemain yang tidak dipanggil.

Cheng Hoe mempertahankan pilihannya dengan menjelaskan isu persefahaman dan tempoh masa yang singkat sebagai alasan pemain baharu tidak dipanggil.

Baca lagi artikel mengenai JDT dan perkembangan terkini lain:

Pengadil JDT-Pohang Amat Dikenali Dan Dibenci Penyokong Indonesia

5 Perkara Kekalahan JDT Kepada Pohang Steelers Di ACL 2021

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN