Darren Lok antara pemain yang wajar diberi pujian pada perlawanan bersama skuad kebangsaan, ketika mereka menewaskan Turkmenistan 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.
Walaupun tidak menjaringkan sebarang gol, aksi ditampilkan oleh Darren antara mencuri tumpuan kerana beliau sentiasa bergerak untuk menekan pertahanan lawan melakukan kesilapan sepanjang permainan berlangsung.
Keputusan Masa Penuh
Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Khamis, 23 Mac 2023
MALAYSIA 🇲🇾 1-0 🇹🇲 TURKMENISTAN
⚽️ Akhyar Rashid 29' #FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/qLKVdbNbQ6
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 23, 2023
Menurut Darren, beliau menyatakan enggan untuk merasa terlalu kecewa biarpun gagal untuk meledak sebarang gol ketika perlawanan persahabatan tersebut berlangsung.
Malah, penyerang bertubuh tegap itu terus bermotivasi tinggi untuk perlawanan seterusnya membabitkan skuad kebangsaan menentang Hong Kong yang akan berlangsung pada hari Selasa ini di lokasi sama.
“Sebenarnya saya tidak kecewa langsung selepas tidak jaringkan gol kerana selagi kesebelasan Harimau Malaya beraksi dengan konsisten dan menang pada perlawanan itu ia sudah cukup membanggakan.
“Bagi saya apa yang telah disumbangkan cukup memadai terutama membuka permainan dan memberi ruang kepada rakan bertindak melakukan percubaan berbahaya ke arah malah saya gembira apa yang diberikan pada aksi itu.
“Untuk aksi menentang Hong Kong, saya jangkakan ia perlawanan sukar bagi kami kerana mereka ada kualiti yang baik dan corak permainan pantas malah enggan menganggap aksi persahabatan akan beri laluan mudah buat kami, sebaliknya harus mempersiapkan diri untuk berdepan aksi pasukan lawan,” katanya menerusi Arena Metro.
Pada masa sama, Darren juga mengakui ada perbezaan yang ditampilkan oleh skuad kebangsaan kali ini menerusi beberapa pemain dipanggil sebelum itu oleh Kim Pan-gon untuk latihan pusat.
Menerusi beberapa pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang turut dipanggil, ianya jelas memberikan impak positif dalam corak permainan ditampilkan oleh Harimau Malaya tempoh hari.
Selain itu, Darren juga menegaskan setiap pemain dipanggil tahu akan kehendak diingini oleh Kim untuk mencorakkan permainan tersendiri ketika sesi latihan.
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon kembali turun menjalani latihan di Pusat Latihan JDT, Padang Mawar, Pasir Gudang, malam tadi.
Ia sebagai persiapan menjelang Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa ini. pic.twitter.com/1lKTxLd5Mx
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 25, 2023
“Ketika perjumpaan awal bersama pemain, Pan Gon sudah memberitahu kepada kami, ini falsafah permainan yang dia mahukan dan sebagai pemain, kami harus memahami pendekatan taktikal yang diserapkan pada latihan.
“Jadi kami perlu tampil dengan corak permainan pantas menentang Hong Kong, Selasa ini dan mempratikkan apa taktikal yang dirancang dan mempersembahkan aksi konsistensi sepanjang 90 minit untuk menggapai kemenangan nanti,” kata Darren.