Lain orang, lain caranya beliau mahu diberikan rasa hormat oleh orang lain.
Ada sesetengah orang, mereka tidak ambil pusing perkara-perkara kecil.
Namun ada sesetengah dari kita yang kisah.
Tidak hormat pengurus
Pada aksi persahabatan antarabangsa antara Itali dan Sepanyol, pengurus Itali iaitu Giampiero Ventura telah memanggil Granziano Pelle ke dalam skuad Azzuri.
Dalam perlawanan yang beraksi di Stadium Juventus di Turin, Pelle diberi tugasan untuk memimpin barisan serangan Itali bersama gandingan Eder.
Pada minit ke-60, Ventura melakukan pertukaran dengan menggantikan Pelle dengan Ciro Immobile.
Namun pertukaran tersebut tidak disenangi Pelle.
Ketika Ventura sudah bersedia menyambut Pelle di tepi padang, Pelle yang kemudiannya melakukan perkara yang tidak disukai Ventura.
Ketika Ventura ingin berjabat tangan dengan Pelle, Pelle menolak untuk bersalam dengan pengurusnya itu.
Tindakannya itu membuatkan Ventura berang kerana merasakan Pelle bersikap kurang ajar dengannya.
Disingkir dari skuad Itali
Oleh tindakan Pelle yang bersifat kurang ajar itu, Pelle serta merta disingkir dari skuad Itali.
Pelle tidak akan menyertai skuad Azzuri untuk perlawanan menentang Macedonia pada 9 Oktober ini.
Keputusan ini dibuat selepas mendapat persetujuan antara Ventura dan Persatuan Bola Sepak Itali (FIGC).
Keputusan itu dibuat atas dasar ingin menjaga keharmonian dan menyemai rasa hormat dalam kalangan pemain dan staf skuad Itali.
“Tindakan Pelle itu sangat tidak boleh diterima. Dan kerana itu kami terpaksa bertindak.”
“Keputusan untuk menyingkirkan Pelle dari pasukan Itali adalah hasil tindakan bersama para staf pasukan serta FIGC.”
Pelle bagaimana pun telah memohon maaf kepada semua ahli pasukan kebangsaan. Namun beliau tetap disingkirkan dari skuad Itali.
Jaga maruah negara
Kesemua pemain Itali diberi nota tegas untuk menjaga nama negara di mata dunia.
“Pemain kebangsaan Itali mempunyai satu tugas untuk mewakili negara dan mesti menjadi contoh yang baik kepada orang lain terutamanya rakan sepasukan dan para peminat yang selalu bersemangat memberikan sokongan kepada negara.”
“Oleh itu, setiap arahan perlu diikut dengan patuh. Pemain dan staf skuad kebangsaan perlu mematuhi segala peraturan dan tatacara. Arahan ini adalah jelas.”
Itali seri 1-1 ketika menentang Sepanyol. Gol dari Danielle De Rossi memadam gol pendahuluan oleh Joao Vitolo.
Baca juga: Sinisa Mihajlovic Berang Disoal Bagi Pemain 22 Tahun Jadi Kapten Torino