‘Tak Cukup Bagus’ – Belum Sampai Setahun, Bagus Kahfi Bakal Disingkirkan FC Utrecht?

Bagus Kahfi Indonesia FC Utrecht

Pastinya ini bukan berita yang bagus buat peminat bola sepak Indonesia. Pemain muda Sang Garuda, Bagus Kahfi dikhabarkan termasuk dalam senarai beberapa pemain yang bakal dilepaskan oleh kelab Belanda, FC Utrecht.

Perkara tersebut dilaporkan oleh medai Belanda, AD yang mendakwa masa depan pemain berusia 20 tahun tersebut yang beraksi di pasukan simpanan Jong Utrecht akan ditentukan dalam masa beberapa hari lagi.

“FC Utrecht tidak membawa berita yang baik untuk beberapa pemain. Keputusan mengenai soal masa depan pemain Jong Utrecht iaitu Eros Maddy, Derensili Sanches Fernandes dan Bagus Kahfi masih belum ditentukan,” tulis berita tersebut.

“Bagi Kahfi, ini adalah peluangnya yang terakhir kerana kontraknya di Utrecht akan berakhir. Pemain Indonesia berusia 20 tahun itu sangat popular di negaranya sendiri dan berharap di Utrecht untuk peluang besar di Eropah. Tetapi mungkin dia harus mencari kelab lain.”

Bagus Kahfi menyertai FC Utrecht pada tahun lalu dengan kontrak selama setahun dan terus dihantar ke pasukan simpanan Jong Utrecht.

Selain Bagus Kahfi, beberapa pemain lain juga dijangka menerima nasib yang sama seperti Danilo Ruperti, Jord Ruigrok, Joey Houweling, Rida el Barjiji, Dion Bersluis dan Juruel Bernadina. Pihak kelab dijangka membuat keputusan beberapa hari sahaja lagi.

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN