“Tak Boleh Diterima” – Pakaian Skuad Man City Dapat Kritikan Luar Biasa Dari Peminat

Pakaian para pemain skuad Manchester City ketika masuk ke stadium sebelum aksi bertemu BSC Young Boys telah mencetuskan perdebatan hangat di kalangan peminat.

Ada yang suka dan ada juga yang mengkritik gaya tersebut dan jelas sekali lebih ramai yang mengkritik fashion yang digunakan oleh gergasi Premier League itu.

Juara bertahan saingan Champions League itu berkunjung ke Switzerland untuk aksi bertemu Young Boys pada awal pagi tadi.

Selepas mencatatkan dua kemenangan dari dua perlawanan pertama mereka bertemu RB Leipzig dan Red Star Belgrade sebelum ini, skuad kendalian Pep Guardiola itu jelas sekali turun dengan misi mahu meneruskan rentak kemenangan mereka.

Ketika tiba di Wankdorf Stadium, para pemain dari skuad Manchester City dilihat memakai cardigan aneh dan berseluar jeans.

Para pemain memakai pakaian itu ketika turun dari bas dan masuk ke stadium dan jelas sekali semua mata tertumpu ke arah pakaian yang mereka pakai.

Pakaian mereka itu dilaporkan telah ditaja oleh jenama mewah, Dsquared2 dan memandangkan ia bukan pengeluar khusus pakaian sukan, maka tidak mengejutkan untuk melihat hasil rekaan mereka seperti itu.

Para pemain Manchester City dilihat memakai cardigan dengan nama serta nombor jersi mereka terpapar di bahagian belakang cardigan itu.

Ya, nama dan nombor jersi mereka terpampang jelas di belakang cardigan tersebut dan hal itu lah yang membuatkan peminat merasakan ia citarasa yang sangat teruk.

Kombinasi cardigan itu dengan seluar jeans sebenarnya masih boleh diterima oleh peminat, namun melihat nama dan nombor jersi terpampang seperti itu, jelas sekali ia menjadi sedikit janggal untuk dilihat.

Bukan hanya peminat, bahkan penyampai dan para pundit juga turut membahaskan tentang pakaian yang dipakai oleh para pemain Man City.

Ketika bercakap tentang pakaian tersebut, pundit dari TNT Sports, Joe Cole mendedahkan bahawa:

“Tak boleh diterima. Pengurus keluar dahulu dan dia nampak sangat menarik, sangat hebat. Saya tak kira berapa treble kamu menang, kamu perlu pilih pakaian yang sesuai. Ia memang sangat mengerikan.”

Bekas pemain pertahanan Manchester City, Joleon Lescott kemudiannya menambah dengan menyatakan:

“Ketika ia nampak buruk pada Jack Grealish, jadi saya rasa erm yeah…”

Peminat-peminat turut meninggalkan komen menghentam di media sosial dan ada juga antara mereka yang memuji pakaian bintang-bintang Man City itu.

“Adakah pemain wajib memakai cardigan itu? Saya rasa ia langsung tak sesuai, langsung tak menarik.”

“Gaya seperti ini sebenarnya merosakkan terus keindahan bola sepak. Sangat mengarut untuk melihat ada nama dan nombor pada cardigan.”

“Saya rasa lebih bagus kalau mereka sekadar memakai cardigan dan jeans sahaja tanpa ada nama seperti ini. Sangat mengarut.”

“Saya suka, saya rasa ia kreatif, bukan hanya pada jersi sahaja boleh letak nama, ia satu cadangan yang bijak dan menarik.”

“Kalau kamu cari kelainan, saya rasa pakaian mereka sangat berbeza dan menarik untuk dilihat.”

City dan Dsquared2 telah menjalankan kerjasama jangka panjang yang mana jenama tersebut akan menyediakan beberapa jenis pakaian untuk diperagakan oleh para pemain sepanjang musim.

Dan bersama Dean Caten yang juga merupakan pemilik serta pereka pakaian untuk Dsquared2 pernah menyatakan bahawa:

“Kami sangat berbangga untuk menyediakan pakaian buat skuad Manchester City, kami sudah mereka pakaian yang menarik untuk pemain dan staff, modern fit dan kain yang menarik.”

“En Guardiola dan skuadnya akan memperagakan pakaian dari Dsquared2 untuk diperagakan dalam dunia sukan.”

Adakah cardigan dengan nama di belakang seperti yang dipakai oleh para pemain Man City itu menarik? Bincangkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN