Dalam pertemuan aksi Liga Super membabitkan pertemuan antara Negeri Sembilan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Paroi dua hari lalu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, jelas nama Ahmad Syihan Hazmi Mohamed antara mencuri tumpuan sepanjang permainan berlangsung setelah memperagakan aksi cemerlang meskipun bolos pada minit akhir perlawanan.
Tamat perlawanan. Takpo Jang, kito bangkit lopeh ni 💪💪#NSEJDT#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/ryZVNSKqOW
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) May 11, 2022
Menurut penjaga gol utama Negeri Sembilan itu, beliau hanya mampu mengucapkan terima kasih buat rakan seperjuangan yang telah memberikan semangat juang tinggi sepanjang permainan berlangsung dan tidak mahu berkata apa mengenai jaringan akhir perlawanan tersebut.
Dalam aksi tersebut, JDT telah meleburkan rekod tanpa kalah tuan rumah menerusi gol minit akhir hasil jaringan penyerang baharu mereka iaitu Fernando Forestieri sekali gus meranapkan impian Negeri Sembilan untuk sekurangnya meraih satu mata.
Dalam perlawanan tersebut, jelas Syihan mempamerkan aksi cukup menarik apabila berjaya menafikan banyak percubaan lawan yang ingin meraih gol seawal permainan bermula dan hanya bolos satu pada masa kecederaan.
Walaupun tewas, Syihan tetap berbangga dengan aksi ditampilkan oleh rakan sepasukan dan menyifatkan pasukan beraksi dalam satu unit yang bagus atas padang sejak awal perlawanan berlangsung untuk meraih kemenangan.
❤️ Syihan#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/cmpG1McohU
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) May 12, 2022
“Tak boleh nak kata apa dah, tetapi pasukan telah bagi 200 peratus di atas padang.
“Jurulatih mahu kami beri 100 peratus tetapi pemain dah bagi 200 peratus dan itu yang saya bangga dengan mereka.
“Apa pun saya nak cakap Alhamdulillah atas berkat doa isteri, anak-anak, ibu bapa dan seluruh pasukan, kita dah beri yang terbaik malam ini (dua hari lalu).
“Saya tak berbangga dengan diri saya, saya hanya berbangga dengan semua pemain yang telah beraksi dengan cemerlang”, katanya menerusi laman web rasmi MFL.
Dalam masa sama, Benjamin Mora akui perlawanan tersebut antara paling getir pernah dirasai beliau sepanjang 90 minit permainan berlangsung dan melihat anak-anak buahnya berusaha memburu kemenangan hingga memperoleh gol pada waktu kecederaan.
“Kita tidak boleh nak menang seperti ini dalam setiap perlawanan, ia sangat mengujakan dan kami menanti sepanjang perlawanan untuk akhirnya menjaringkan gol.
“Pasukan beraksi semakin baik sepanjang perlawanan dan dalam masa sama mereka juga sudah penat, tetapi mereka tetap berusaha sehingga kita dapat jaringan hebat daripada pemain import kita.
“Apa yang kita boleh belajar, kita kena berjuang sampai habis, dan inilah JDT, kita tidak pernah berhenti melawan”, katanya.
Pada perlawanan itu, Negeri Sembilan terpaksa melepaskan takhta pendahulu liga apabila mencatat kekalahan pertama musim ini dalam saingan tersebut di tangan JDT dengan keputusan 0-1 di gelanggang sendiri.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!