“Celebrate Macam Menang Final” – TMJ Jelaskan Kepada ‘Haters’ Maksud Sebenar ‘Winning Mentality’

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kekal sebagai satu-satunya pasukan yang belum tewas setakat ini di dalam saingan Liga Super Malaysia (MSL).

Walaupun mengharungi jumlah perlawanan yang lebih sedikit berbanding pencabar yang lain, skuad Harimau Selatan itu masih mampu berada di kedudukan teratas MSL, selepas merekodkan 100% kemenangan setakat ini.

Terbaru, JDT menang tipis 1-0 ke atas pasukan di kedudukan kedua, Negeri Sembilan FC pada Rabu lalu.

Perlawanan mendebarkan

Seperti yang kita semua sedia maklum, perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu berlangsung dengan sengit sebelum kemenangan menjadi milik JDT hasil jaringan minit akhir masa kecederaan Fernando Forestieri.

Kemenangan minit akhir JDT itu sememangnya dianggap sebagai kemenangan mendebarkan oleh penyokong pasukan dari selatan tanah air itu.

Ia juga mencetuskan keraian luar biasa pemain di dalam padang, dan juga penyokong pasukan tuan rumah di seluruh negara.

Tidak terkecuali meraikan kemenangan mendebarkan itu adalah pemilik JDT sendiri, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Melalui beberapa perkongsian melalui IG Story sebelum ini, memaparkan bagaimana gembiranya TMJ meraikan kejayaan tersebut.

Melalui ciapan di Twitter TMJ juga berkata: “ “@OfficialJohor …guys, stop doing this to me 👊🏼💪🏼 🔥🔥🔥🔥🔥💙❤️”.

Keterujaan TMJ itu boleh difahami kerana ini bukan kali pertama JDT menang dengan cara yang mendebarkan pada musim ini.

Sebelum ini JDT turut menewaskan Ulsan Hyundai sebelum wisel penamat dalam pertandingan AFC Champions League (ACL) untuk mencipta sejarah layak ke pusingan kalah mati buat kali pertama.

Makna sebenar winning mentality

Bagaimanapun seperti kebiasaan di dalam bola sepak, pasti akan ada perkara yang dipertikaikan. Ini termasuklah cara TMJ dan JDT meraikan kemenangan ibarat menang perlawanan akhir.

Melalui IG Story terkini, TMJ berkongsi maksud sebenar kemenangan tersebut buat dirinya dan JDT.

“Ramai yang cakap kenapa celebrate (raikan) macam menang final? Takkan lawan Negeri Sembilan [dapat] 1-0 aja?

“Ini jawapan saya. Dalam sukan ini/ bola sepak, setiap kejayaan kecil atau besar semuanya bermakna. Tak kisah siapa pihak lawan, semuanya mustahak.

“Itulah [maksud] ‘winning mentality’ yang sebenar. Takkan apabila lawan JDT sahaja 200% dan lawan pasukan lain asal boleh.

“Itu bezanya mentaliti JDT yang saya tetapkan apabila saya membina kelab ini. Inilah sebab kami berada di mana kami berada pada hari ini.

“Setiap saat berada dalam kelab [amat] bermakna buat kami keluarga JDT.”

Rekod MSL

Mungkin ramai yang tidak menyedari kejayaan mengatasi Negeri Sembilan pada Rabu lalu juga bermakna JDT telah mencipta rekod baharu MSL.

Kemenangan tersebut adalah kemenangan ke-16 berturut-turut JDT di dalam saingan liga – diambil kira dari musim lalu – dan setakat ini belum pernah ada mana-mana kelab mampu melakukan perkara yang sama.

Selain daripada 16 kemenangan berturut-turut, JDT juga sudah tidak tewas dalam 39 perlawanan di tempat lawan.

Kali terakhir JDT gagal mengutip mata di gelanggang lawan adalah pada 16 Julai 2019 apabila dikejutkan oleh Petaling Jaya City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN