Tajul Hasnan Nafi Dakwaan PAFA Sudah Mula Jual Tiket Final Piala FA 2019

Tajul Hasnan

Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) menerusi Setiausaha Kehormatnya, Tajul Hasnan Omar menafikan khabar angin bahawa pihaknya sudah mula menjual tiket perlawanan akhir Piala FA 2019.

Ia susulan dakwaan dan khabar angin terutamanya di aplikasi Whatsapp yang mengatakan bahawa pihak PAFA sudah mula melakukan penjualan tiket perlawanan yang bakal berlangsung 27 Julai tersebut.

Sehubungan dengan itu, Tajul Hasnan menepis sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menyifatkan ia adalah maklumat palsu disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Tidak ada sesiapa pun yang mempunyai tiket perlawanan akhir Piala FA 2019, jika ada yang mendakwa sudah mempunyai tiket, maka orang itu cuba nak ambil kesempatan dan penyokong perlu berhati-hati.

“PAFA tidak bertanggungjawab sekiranya ada penyokong yang membeli tiket palsu dan kita nasihatkan mereka agar beli pada saluran yang sah. Tiket perlawanan akhir hanya akan dijual (di kaunter) pada 23 Julai dan mustahil jika ada pihak yang mendakwa sudah mempunyai 500 tiket ketika ini,” katanya.

“Kita akan jual tiket pada 23 Julai ini bermula jam 10.30 pagi hingga 3.30 petang di kaunter tiket Stadium Perak.

“Bagi penyokong yang jauh pula, mereka boleh membelinya di Stadium Mini Parit Buntar, Pejabat Kemas Kampung Gajah dan kaunter pandu lalu Pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan yang turut diagihkan.

“Selaib itu, tiket turut boleh dibeli di Pejabat Daerah dan Tanah Tanjung Malim, PDT Lenggong, manakala untuk Kuala Kangsar di Dewan Jubilee Perak dan daerah Manjung di Stadium Mini Manjung.”

”Masa jualan tiket di daerah sama seperti di Stadium Perak dan lokasi ini telah dipersetujui oleh persatuan bola sepak daerah masing-masing,” ujar Tajul Hasnan lagi.

Tajul Hasnan turut menjelaskan sebanyak 30,000 keping tiket diperuntukkan kepada Perak dengan 15,000 tiket akan dijual di Stadium Perak, Ipoh manakala 12, 000 tiket akan diagihkan di seluruh daerah dan baki 3, 000 tiket akan dijual kepada penaja serta jabatan kerajaan yang berkaitan.

Dalam perkembangan lain berikutan kehangatan aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, penulis sempat meninjau di laman sosial terutamanya Facebook, para peminat Perak dan Kedah sudah mula menayangkan yang dibeli secara dalam talian di Shopee.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN