Tahap Kecergasan Pemain Sepanjang PKP Jadi Keutamaan Penang FC

Penang FC 1

Sungguh pun Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah mengumumkan penangguhan saingan Liga Malaysia (Liga-M), ia bukan penghalang untuk Penang FC memastikan tahap kecergasan semua pemainnya berada di tahap yang terbaik.

Perkara tersebut ditegaskan sendiri oleh Ketua Jurulatih Penang FC Tomas Trucha dalam temubualnya bersama Bernama yang melihat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak patut dijadikan alasan para pemainnya untuk tidak mengekalkan momentum dan stamina.

Menurut jurulatih dari Republik Czech itu, beberapa program telah pun dirangka untuk setiap pemain ikuti di selari dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Antaranya adalah dengan memastikan pemain menjalani latihan secara dalam talian yang dipantau sendiri oleh jurulatih kecergasan.

“Disebabkan  wabak yang sedang melanda ini, kita menggunakan semua aplikasi yang diperlukan termasuk aplikasi video, peranti dan saya mengakui kita mempunyai pasukan taktikal yang sangat baik,” ujar jurulatih berusia 49 tahun itu.

Bagi jurulatih yang mempunyai pengalaman di beberapa kelab Eropah dan Afrika, dengan memastikan pemain mempunyai stamina yang tinggi dan tahap kecergasan yang baik, ia dapat meminimumkan risiko kecederaan.

Beliau kini mementingkan usaha untuk memiliki keseimbangan dalam pasukan agar pemain  berada pada tahap kecergasan  dalam tempoh empat minggu sebelum perlawanan.

“Matlamat kita ialah bersedia sebelum saingan liga bermula. Dalam tempoh PKP ini, kita perlu membuat persiapan sama seperti pasukan lain,”

“Pemain sangat proaktif, jadi kita saling berhubung dan bertanya khabar setiap hari dan kita juga mengadakan pertemuan video yang perlu dilakukan oleh setiap jurulatih (dengan idea) dan berinteraksi dengan para pemain.”

“Sebagai kakitangan kejurulatihan, kita bertanggungjawab mencari jalan penyelesaian termasuk menjaga SOP…pada masa sama, kita perlu berusaha mengekalkan kecergasan (pemain).”

Mengulas tentang penangguhan liga, Trucha akur dengan segala keputusan yang ditetapkan oleh MFL selaku badan pengelola pertandingan yang pastinya mengetahui apa yang terbaik untuk kebaikan semua pihak.

Kredit Foto: Penang FC

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Penang FC:

Pernah Dikaitkan Dengan Kelantan, Ini 3 Fakta Pengendali Baharu Penang FC, Tomas Trucha

Angkat Diri Sendiri Sebagai Pemilik Penang FC, Apakah Motif Politikus Itu?

Penang FC Telah Diambil Alih Oleh Usahawan ‘Sarung Tangan dan Kondom’?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN