Pemain Kuala Lumpur City (KL City), T. Saravanan mempunyai bulan yang untuk diingati apabila persembahan cemerlangnya pada Mei menghadirkan kejayaan individu buatnya.
Persembahan cemerlang Saravanan pada bulan Mei telah menghadiahkan anugerah pemain terbaik bulanan (POTM) Liga Super anjuran PFA Malaysia (PFAM).
Untuk rekod, Saravanan yang turut dipanggil ke senarai menunggu skuad Harimau Malaya bagi aksi menentang Kepulauan Solomon dan juga Papua New Guinea menewaskan pemain-pemain seperti Ayron del Valle (Selangor), Sonny Norde (Terengganu), Darren Lok (Sabah) dan Bergson da Silva (Johor Darul Ta’zim).
Disaat tumpuan terarah kepada perebutan takhta antara Ayron dan Bergson yang cukup berbisa di depan gol pada bulan lalu, Saravanan muncul mencipta kejutan untuk menewaskan kesemua baki empat pesaing dan menjadi pemain tempatan kedua menenangi gelaran POTM Liga Super 2023.
Dalam masa yang sama, Saravanan turut menamatkan penguasaan JDT dalam anugerah ini selepas dua gelaran pertama diraih Arif Aiman (Februari-Mac) dan juga Fernando Forestieri (April).
Ini adalah satu mesej yang baik untuk bola sepak negara terutamanya skuad kebangsaan apabila terdapat nama baharu yang muncul dan mula mencuri perhatian.
Jika Saravanan meneruskan persembahan mantapnya bersama-sama KL City pada musim ini, tidak terkejut kalau namanya akan terus menjadi pertimbangan Kim Pan-gon untuk aksi seterusnya melibatkan Harimau Malaya.
Mana tahu, beliau boleh memintas pemain-pemain lain untuk terbang bersama Harimau Malaya ke Qatar tahun depan, bukan?
Apa-apa pun, tahniah Saravanan!